Bermula hari ini, model yang ditawarkan selama seminggu sebelum untuk pra tempahan kini boleh dibeli secara terus. Menariknya, Malaysia merupakan pengeluar terawal yang menawarkan warna terbaru Huawei View 10 iaitu ‘Crush Red’

Dari segi spesifikasi, Huawei Honor View 10 telah menggunakan processor yang sama seperti Huawei Mate 10 iaitu Kirin 970. Penggunaan RAM bersaiz 6 GB beserta ruang storan 128 GB sekaligus menawarkan pengalaman yang pantas serta kapasiti yang besar buat para pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

honor View10 Crush Red

Apa yang membuatkan model ini sangat menarik pada pendapat kami adalah penawaran teknologi artificial intelligence atau lebih dikenali dengan AI. Melalui teknologi ini, model ini akan lebih mudah memahami cara penggunaan pengguna serta menyesuaikan untuk pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Huawei View 10 dengan pilihan warna ‘Crush Red’ anda boleh lawati kedai rasmi Huawei atau anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya dengan harga RM2,099. Anda juga turut berpeluang mendapatkan free gift menarik bernilai RM499 melalui pembelian secara atas talian.