Jika sebelum jenama telefon pintar Samsung, Apple, Sony dan HTC antara menjadi sebutan oleh pengguna yang mengatakan bahawa kamera paling terbaik.

Tetapi semenjak kerjasama dengan Leica jenama Huawei terus gah berada dihadapan. Sebelum ini CEO Xioami pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kamera Mi Mix 3 lebih bagus daripada P20 Pro, ujian DXOMark terhadap peranti ini menyatakan keputusan berbeza mengenai telefon pintar milik Xioami .

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hasil ujian DXOMark menyatakan Huawei P20 Pro masih memegang takhta DXOMark dengan markah tertinggi iaitu 109 markah. Manakala, Xiaomi Mi Mix 3 hanya menerima 103 markah.

huawei DXO

Ketua Eksekutif Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei Richard Yu Chengdong turut menjaminkan tiada jenama pengeluar telefon pintar lain yang boleh mengatasi Huawei P20 Pro dalam masa terdekat, kecuali jenama Huawei sendiri.

Nampaknya penggunaan teknologi Leica pada telefon pintar Huawei ini telah menbuahkan hasil. Bagi kami memang sesuai kalau Huawei P20 Pro digelarkan sebagai raja kamera untuk telefon pintar.

Apa pendapat anda mengenai telefon ini? Adakah kamera telefon pintar P20 Pro overratedĀ  atau memang betul hebat?