Filem Logan yang ditayangkan pada tahun 2017 yang lalu telah menyaksikan kematian watak superhero Wolverine sekaligus merupakan filem terakhir Hugh Jackman sebagai mutant terhebat dalam X-Men.

Memegang watak Wolverine sejak tahun 2000, watak ini seolah masih belum mempunyai sehingga kini. Malah, Marvel Studios juga turut bersetuju dengan perkara tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sekitar empat tahun lepas, Jackman menerusi salah satu temubual untuk filem Logan pernah memaklumkan bahawa beliau akan kembali memegang watak Wolverine sekiranya watak mutant ini dapat memasuki ‘dunia’ Marvel Cinematic Universe (MCU). Persoalannya, adakah mungkin Wolverine akan disertakan dalam MCU?

Terbaharu, Jackman menerusi perkongsian dua keping gambar yang dimuat naik di Insta story miliknya telah memberi sedikit gambaran atau hint di mana beliau dijangka bakal mucul dalam ‘dunia’ MCU sebagai Wolverine.

Gambar-gambar tersebut telah memaparkan momen kegembiraan Jackman bergambar bersama Presiden Marvel, Kevin Feige dan turut mempamerkan gambar grafik tangan Wolverine mengeluarkan senjata kuku cakaran adamantium hasil karya seni grafik daripada peminatnya, Bosslogic.

Hugh-Jackman-Kevin-Feige
Sumber: Instagram Hugh Jackman
Hugh-Jackman-Wolverine-art
Sumber: Instagram Hugh Jackman

Menerusi gambar-gambar tersebut sudah cukup untuk memberikan gambaran bahawa terdapat kemungkinan besar yang Jackman bakal kembali sebagai Wolverine dengan menyertai dunia MCU jika mendapat kata persetujuan daripada pihak Disney.

Namun setakat ini, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige masih belum mempunyai apa-apa perancangan mengenai bagaimana Marvel Studios mahu mengembalikan Jackman sebagai Wolverine di MCU.

Akan tetapi, difahamkan terdapat cara mudah untuk memperkenalkan watak Wolverine ke dunia MCU iaitu menerusi konsep jalan cerita multiverse atau time travel dengan membuat kemunculan semula watak Wolverine dalam siri Loki.

Bagi anda sedang menonton siri Loki, anda pasti tahu bagaimana kisah Loki yang boleh merentas masa depan dan masa lalu serta boleh mengembara ke alam dunia yang lain.

Menerusi siri Loki ini, Kevin Feige dengan mudahnya dapat memperkenalkan semula watak Wolverine serta muntant X-Men yang lain pada fasa MCU yang akan datang. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut daripada pihak MCU.

Hugh Jackman sebelum ini pernah menerima anugerah ‘Guinness World Record’ kerana watak Wolverine. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Hugh Jackman Terima Anugerah ‘Guinness World Records’ Kerana Watak Wolverine

Kisah Sebenar D.B. Cooper, Watak Misteri Yang Muncul Dalam Siri Loki

Marvel Secara Senyap Sudah Beri ‘Hint’ Kewujudan Watak X-Men Sejak 2013 Lagi

Sumber