Semalam merupakan hari jadi ke-42 pelakon ternama Ryan Reynolds dan di Instagram miliknya, beliau turut berjenaka kepada dirinya sewaktu muda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di ruangan komen gambar ini, ramai artis antarabangsa turut membuat ucapan hari jadi kepada Ryan terutamanya pelakon yang pernah berlakon bersama Ryan antaranya Samuel L. Jackson.

Lain pula buat Hugh Jackman kerana beliau memuat naik gambar khas bersama Ryan di ruangan Instagramnya sebagai ucapan hari jadi buat Ryan.

Sebelum bermulanya tayangan Deadpool 2, Jackman dilihat memuat naik video beliau memakai bathrobe dan Deadpool duduk di belakangnya. Gambar ini menyaksikan Hugh yang tersenyum lebar sambil memeluk Deadpool dan malangnya, kita masih tidak dapat melihat gandingan antara Logan dan Deadpool dalam satu filem.

Bromance antara Hugh dan Ryan nampaknya sangat kuat dan buat masa ini, Hugh nekad untuk bersara daripada watak Wolverine. Ryan seorang yang pandai memujuk dan tidak cepat mengalah. Jadi untuk filem ketiga Deadpool, mungkin sahaja Ryan dapat memujuk Hugh untuk buat kemunculan khas dalam filem berkenaan.

Peminat juga berpendapat mereka ibarat melihat sinar harapan setelah melihat gambar ini. Pastinya ianya sangat menarik jika dapat melihat dua watak ikonik ini bergabung dalam satu filem. Make it happen Fox!

wolverine deadpool

Sumber