Awal October ini, pihak produksi untuk filem terbaru Wolverine telah mengeluarkan teaser poster untuk filem ini. Tangan Wolverine a.k.a. Logan dipenuhi luka dan calar dan masih menjadi misteri milik siapakan tangan kanak-kanak kecil yang dipegang Logan dalam poster ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kini muncul pula gambar terbaru Logan yang kelihatan ‘tua’ dan berjambang. Filem ‘Logan’ akan berkisahkan siri komik ‘Old Man Logan’ di mana Wolverine yang sudah berusia terpaksa beraksi menentang musuh yang kembali mengganggu beliau. Ini merupakan lakonan Hugh Jackman yang terakhir sebagai Wolverine yang beliau sudah pegang sejak tahun 2000. Nooooo!

Patrick Stewart akan turut muncul dalam filem ini sebagai Professor X dan mungkin juga penampilan terakhir beliau sebagai Professor X. Villain dalam filem ini sudah pasti Mister Sinister tetapi siapa yang melakonkan watak Mister Sinister masih lagi rahsia. Hm, penuh rahsia betul filem Logan ini.

mr-sinister-wolverine-3-villain

Pengarah filem Logan, James Mangold turut memberi hint bahawa filem ini akan lebih dark berbanding filem-filem Wolverine sebelum ini. Kemungkinan besar juga filem ini nanti akan diberi R-Rating.

Esok akan keluar trailer rasmi Logan di Youtube. Kami akan berkongsi dengan anda perkembangan filem Logan ini yang akan ditayangkan di pawagam bulan Mac tahun hadapan.

Sumber