Impian peminat untuk melihat Hugh Jackman kembali memegang watak Wolverine dalam dunia Marvel Cinematic Universe (MCU) tercapai apabila Ryan Reynolds telah mengesahkan Hugh akan kembali memegang watak ikonik tersebut dalam video yang dikongsinya di media sosial.

Pengumuman itu juga sangat bersahaja; Hugh Jackman berjalan di belakang Ryan Reynolds dan berkata ya beliau akan muncul dalam Deadpool 3. Video berkenaan diakhiri dengan lagu nyanyian Whitney Houston, I Will Always Love You.

Baca Juga:

Sebelum ini, Hugh Jackman berkata beliau cuma akan kembali memegang watak Wolverine sekiranya beliau berada di dalam dunia MCU. Hugh Jackman dalam temu bual sebelum ini berkata filem Logan adalah ‘filem terakhir’ beliau sebagai Wolverine.

Kehadiran Hugh Jackman juga dilihat sebagai ‘umpan’ baharu daripada Disney dan Marvel Studios untuk memikat kembali peminat untuk sama-sama mengikuti fasa terkini MCU selepas tamatnya Avengers: Endgame.

Dengan kemunculan Wolverine, dijangka lebih ramai mutants akan diperkenalkan oleh Marvel Studios di dalam filem atau siri Marvel yang akan muncul di masa akan datang. Deadpool dijadualkan ditayangkan di pasaran pada 6 September 2024.