Hugh Jackman dan Ryan Reynolds sememangnya rakan baik dan ini terbukti lagi menerusi posting terbaru yang dibuat oleh Ryan Reynolds. Dalam gambar yang dikongsikan oleh Ryan, beliau ‘kecewa’ kerana hadir ke majlis sambutan Krismas dengan memakai tema ugly sweater, sedangkan Hugh Jackman dan Jake Gyllenhall tidak menyarungkan tema pakaian berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ianya sesuatu yang paling hampir untuk kita lihat Hugh, Jake dan Ryan bersama walaupun tidak di dalam satu filem. Hugh pernah berkata Ryan berulang kali merayu supaya Hugh kembali memegang watak Wolverine sedangkah Hugh setakat ini sudah ‘bersara’ daripada watak berkenaan.

Menambah keceriaan pada gambar ini adalah komen yang ditulis oleh Josh Brolin (Cable/Thanos) dan Rob Liefeld (pencipta watak Deadpool dan Cable).

Josh Brolin

Buat masa ini, Hugh masih belum terbuka hati untuk kembali memegang watak Wolverine tetapi segalanya mungkin selepas gabungan Disney dan Fox di mana Hugh mungkin kembali berminat jika watak Wolverine dimasukkan dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Jake Gyllenhall pula? Beliau akan muncul dalam filem terbaru Spider-Man sebagai penjahat Mysterio tahun hadapan. Boleh dikatakan ini adalah pertemuan watak Marvel ‘tidak rasmi’ di luar penggambaran.

Mungkin dengan hubungan baik dan ‘desakan’ berterusan daripada Ryan, Hugh akan kembali sebagai Wolverine untuk MCU? Kita tunggu dan lihat.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.