Siapa yang tidak mengenali Hugh Jackman yang berbakat dalam bidang lakonan? Beliau yang membawa watak sebagai adiwira komik Marvel, Wolverine menerima pengiktirafan dan anugerah Guinness World Records berikutan memegang watak tersebut untuk masa lebih 16 tahun.

Hugh Jackman tidak menyangka akan menerima anugerah tersebut menerusi rancangan ‘This Morning’ dan ia merupakan satu pengiktirafan kepadanya kerana memegang watak adiwira dalam filem aksi Marvel paling lama iaitu selama 16 tahun dan 228 hari. Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Editor Guinness World Records, Craig Glenday.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, Patrick Stewart yang memegang watak Profesor X atau Charles Xavier turut mendapat anugerah yang sama berikutan mereka bermula dan berakhir bersama-sama. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.