380 Teknologi
January 23, 2017 - 5:45 PM

Berita yang agak mengejutkan buat industri smartphone dunia apabila Hugo Barra pada hari ini mengumumkan beliau bakal meninggalkan Xioami dan bakal kembali ke Silicon Valley. Hugo Barra yang sebelum ini berkhidmat di Android telah memilih syarikat yang berpengkalan di Beijing ini sebelum berpindah ke destinasi seterusnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kehadiran Hugo Barra buat Xiaomi sememangnya sesuatu yang phenomenal. Mana tidaknya, individu ini merupakan watak penting dalam mempertingkatkan penjualan smartphone keluaran Xiaomi sehingga 800% sepanjang 2 tahun awal berkhidmat.

Tidak hanya berjaya meningkatkan penjualan, pengeluaran smartphone dengan rekabentuk yang inovatif antara pencapaian yang tidak boleh dilupakan buat Hugo Barra sepanjang menjadi Vice President buat Xiaomi. Beliau turut mengatakan berkhidmat di Xiaomi sepanjang 3.5 tahun ini merupakan cabaran terbesar sepanjang kariernya.

Kami ingin mengucapkan all the best buat Hugo Barra. Tanpa beliau mungkin Xiaomi tidak akan berada di mana mereka berada sekarang. Kehadiran Xiaomi Mi Mix nampaknya menjadi antara smartphone terakhir keluaran Xiaomi sebelum Hugo Barra berangkat pulang.

Tempat beliau bakal digantikan oleh individu yang dikenali sebagai Xiang Wang. Kami teruja untuk mengetahui bagaimana Xiang Wang bakal memperluaskan lagi pasaran Xiaomi ke serata dunia. Adakah identiti smartphone berspesifikasi tinggi dengan harga berpatutan masih dikekalkan? Sama-sama kita nantikan.