Tular baru-baru ini apabila seorang pemuda ditangkap di sebuah masjid selepas didapati mencuri tabung masjid. Tindakan yang dilakukan telah membuat pihak ahli jawatankuasa masjid memilih untuk menghukum pencuri tabung masjid dengan mandikan pelaku sebagaimana seperti jenazah dimandikan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Meskipun untuk dijadikan pengajaran, tindakan merakam mangsa sehingga tersebarnya di media sosial nampaknya kurang disenangi para netizen. Malah, isu ini turut mendapat perhatian pendakwah bebas, PU Syed yang tampil memberi kritikan menerusi laman Facebook beliau.

Menurut PU Syed, isu mandikan pencuri tabung masjid di tempat mandi jenazah serta merakamnya bakal mengundang kepada suatu isu yang lain. Beliau akui, tindakan yang dilakukan pemuda berkenaan pastinya memberi kemarahan namun risau sekiranya Islam dilihat membenarkan perlakuan zalim walaupun dengan niat untuk menyedarkan pencuri berkenaan.

Berdasarkan kritikan yang dibuat, terdapat netizen yang bersetuju dengan kritikan PU Syed di mana pihak masjid tidak perlu berlebihan dalam menjaga aib pelaku dan terdapat juga netizen yang berpendapat tindakan yang dilakukan tidaklah terlalu besar berbanding kesalahan yang dilakukan.

Facebook: PU Syed
Facebook: PU Syed
Facebook: PU Syed

Setakat ini, masih belum diketahui lokasi insiden kes kecurian ini berlaku. Diharap kes kecurian tabung masjid ini tidak lagi berlaku memandangkan masjid merupakan rumah ibadat di mana wang yang disumbangkan orang ramai tersebut digunakan dalam membantu para asnaf dan golongan yang memerlukan.

Sementara itu, tular pada minggu ini isu melibatkan trend terbaru di TikTok iaitu ‘unboxing pengantin’ yang semakin menjadi ikutan segelintir pengantin baharu.

Trend ‘Unboxing Pengantin’ Jadi Ikutan Di TikTok, Ini Teguran Pedas PU Syed Buat Pengantin Baharu

Tawar Elaun Hanya RM900, Iklan Kerja Sebagai Imam Rawatib Ini Cetus Perbincangan Netizen