Banyak betul teori yang muncul untuk Avengers: Infinity War nanti. Kerana satu gambar permainan yang tertiris di media sosial, teori ini kini menjadi bualan peminat setia Marvel.

Hulkbuster adalah perisai tambahan yang direka Tony Stark semata-mata untuk berlawan dengan Hulk, sekiranya Hulk hilang kawalan pada bila-bila masa. Ianya dibuktikan dalam Avengers: Age Of Ultron apabila Hulk hilang kawalan dan jika tidak kerana Hulkbuster, Hulk pastinya membuat kemusnahan yang tidak dapat dijangka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

hulk 2

Syarikat pembuat mainan lazimnya akan mendapat info lebih awal berkenaan watak-watak yang akan muncul dalam sesebuah filem dan berdasarkan satu gambar mainan yang tertiris, Hulkbuster dipakejkan sekali bersama Incredible Hulk.

Teori yang muncul adalah ketika pertembungan Thanos di Wakanda nanti, Bruce Banner/The Hulk akan tiba di Wakanda dengan perisai Hulkbuster ini. Ini bermakna, Bruce Banner akan mengawal Hulkbuster sebelum beliau keluar untuk menjadi Hulk. Satu lagi teori adalah Hulkbuster ini dipakai terus oleh Hulk dan bukannya dikawal Bruce Banner.

Semua ini hanyalah teori semata-mata dan segalanya akan terbongkar 27 April ini. Walaupun sudah diawalkan seminggu tarikh rasmi tayangan filem ini, kami sudah tak sabar untuk pertembungan Team Thanos dan Team Avengers!

Sumber