Nota: Perkongsian di bawah adalah merupakan kisah peribadi yang diceritakan seorang jurugambar di Twitter- mengenai rezeki dan bagaimana keikhlasan dalam bekerja membuka peluang yang lebih banyak kepadanya sebelum ini.

Bukan sahaja menceritakan antara keikhlasan dan rezeki, untaian yang dibuat beliau di Twitter itu turut memuatkan kisah sayu dua beradik sebelum majlis konvokesyen mereka dan mendapat lebih daripada 13,000 retweet (perkongsian kembali).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Terjaga kemudian tidak boleh tidur, tiba-tiba teringat sesuatu tentang rezeki. Dulu masa mula main camera ada orang minta shoot upacara pra konvokesyen.Waktu itu dah pukul 11 malam.

Hari minggu dan masa itu aku kerja MAB lagi. Aku cakap dekat dia maaf tak dapat nak terima sebab sudah pukul 11 malam dan esoknya aku kerja.

Tetapi dia cuba pujuk aku sebab esok juga dia konvokesyen jadi dia nak minta untuk rakam detik sebelum majlis kakak dia.

Aku sudah bawah selimut semua memang rasa malas  nak keluar shoot. Malam pula waktu itu, mana aku reti shoot malam, lowlight (cahaya kurang). Aku pun bagi harga. Aku cakap maaf aku letak harga tinggi sikit sebab sudah lewat malam, last minute dan nak bergerak ke Putrajaya lagi.

Aku letak harga RM500 sejam. Selepas beberapa ketika dia kemudiannya bersetuju. Jadi aku pun bersiap pergi untuk membuat rakaman.

Sampai saja aku tunggu di hadapan mahkamah Putrajaya dan kemudiannya sampai sebuah kereta lama sudah tertanggal cat, berkarat dan tiada lampu sebelah. Keluar dua adik-beradik.

Mereka terus perkenalkan diri apa semua. Si kakak yang aku nak tangkap gambar ini pakaian ringkas sahaja dengan seluar trek dan berbaju T. Aku minta dia sarung jubah konvokesyen. Allahu, nampak teruja bila nak bergambar.

Aku jenis lembut hati sikit. Nampak kegembiraan nak konvokesyen, dengan pakaian asal boleh dan kereta mereka cakap pinjam ayah punya untuk datang ke Putrajaya, aku jadi tidak sampai hati untuk kenakan bayaran RM500 itu.

Aku pun mula shoot. Aku cuba shot saja, baru satu shot dia cakap nak tengok. Aku tunjuk punya la teruja cakap gambar cantik. Dekat situ aku tahu dia tidak selalu bergambar. Mungkin dia nampak bokeh dia jadi teruja.

Jadi aku pun teruskan dalam sejam setengah juga. Kemudian bila sudah selesai dia hulur betul-betul RM500 pada aku. Aku tolak aku ambil RM50 sahaja dan selebihnya niat sedekah.

Alhamdulillah balik itu aku rasa tenang. Rasa tenang buat orang gembira.

Esoknya rezeki datang satu persatu. Daripada makan tengahari sehingga makan malam semuanya percuma . Hujung minggu itu kemudiannya pula berjaya dapatkan tugasan mengambil gambar produk outdoor.

RM1500 untuk berapa keping gambar sahaja. Untuk permulaan, jumlah tersebut agak lumayan sebab aku tak keluar modal dan yang mengupah aku pun tahu aku sunting dekat telefon sahaja.

Dari situ aku selalu ingatkan diri aku jangan sombong dengan rezeki. Jangan kedekut bersedekah. Niat kerana DIA.

InsyaAllah dan kerja itu biar ikhlas walau murah mana orang bayar, ikhlas dari mula kau setuju close deal dengan orang,” kongsinya.

Baca juga perkongsian oleh wanita ini yang belajar erti bekerja dengan ikhlas selepas dilayan bagai bos oleh pemandunya dalam perkongsian di pautan di bawah. 

Dilayan Bagai ‘Bos’ Oleh Pemandu BMW Sewa, Wanita Ini Belajar Erti Bekerja Dengan Ikhlas

Kenapa Kita Harus Bersyukur Dengan Cara Pengendalian COVID-19 Di Malaysia

Lelaki Ini Jelaskan Mengapa Orang Ramai Perlu ‘Support’ Isi Minyak Di PETRONAS

Sumber