Terletak di tingkat teratas Sunway Pyramid, kafe Hungry Bunch yang berkonsep ringkas dan kontemporari ini terasa amat inviting. Apatah lagi kami dijemput masuk oleh krew yang manis menawan senyumannya (maaf, tiada gambar krew tersebut).

hungry-bunch-kafe-vocket-2

hungry-bunch-kafe-vocket-3

Suasana warm di dalam kafe ini menenangkan ditambah pula dengan hiasan dalaman yang ringkas, serta susun atur meja yang teratur memberi keselesaan kepada pengunjung untuk menjamu selera.

hungry-bunch-kafe-vocket-4

Hungry Bunch menyenaraikan pelbagai pilihan hidangan di dalam menunya. Dari hidangan sarapan pagi, hidangan utama, burger, pasta, salad, pemanis mulut hinggalah ke hidangan masakan tempatan.

BACA: Restoran Cina Muslim Amber, Menu Bertaraf 5 Bintang Dengan Harga Murah Tak Terduga

Sebagai permulaan, kami dihidangkan dengan menu sarapan (walaupun di jam 2.30pm) – Hungryman’s Breakfast. Bertepatan dengan namanya, hidangan ini sesuai buat mereka yang kelaparan di waktu pagi kerana porsinya yang banyak. 2 biji telur mata, pastrami ayam, sosej ayam, cendawan, hash brown dan buah tomato panggang semuanya dihidangkan di atas 2 keping roti bakar.

hungry-bunch-kafe-vocket-5

Eggs Lousiana, menu sarapan kedua yang dihidangkan, menggamit perhatian kami. Didatangkan bersama udang yang digril, telur, pastrami ayam, bayam dan roti bakar, ia turut dihidangkan dengan sos krim kajun. Rasa kepedasan cayenne pepper pada sos krim kajun memberi 'kick' kepada menu ini. Kami amat merekemen menu ini kepada anda.

hungry-bunch-kafe-vocket-6

Bagi melegakan kepedasan Egg Lousiana tadi, kami dihidangkan pula dengan Homemade Mushroom Soup. Disertakan bersama sekeping garlic bread, sup wild mushroom ini sememangnya lazat berkrim dan pastinya disukai ramai.

hungry-bunch-kafe-vocket-7

Turut dihidangkan adalah Golden Chicken Wings yang walaupun nampak kering, bila dimakan terasa sangat juicy. Rempahnya juga terasa hingga ke tulang.

hungry-bunch-kafe-vocket-8

Kita masuk ke hidangan utama.

Chicken Parmigiana, ayam breaded yang dicurahkan homemade sos tomato dan diletakkan cis mozarella di atasnya, juga disertakan bersama kentang goreng dan coleslaw. Dilabelkan sebagai ‘Chef Recommendation’, boleh dijadikan pilihan kepada penggemar chicken chop dengan sedikit kelainan rasa.

hungry-bunch-kafe-vocket-9

Juga menu ‘Chef Recommendation’, Chef’s Grilled Chicken yang disertakan bersama kentang lenyek dan sedikit sayuran, memang ada kelainannya terutama pada ‘sos rahsia’ chefnya.

hungry-bunch-kafe-vocket-10

Kami memesan pula Grilled Beef Steak bersama sos garlic butter. Bahangian dagingnya besar, didatangkan bersama kentang goreng dan coleslaw. Daging stik Australia ini agak kering, namun masih menyelerakan bila dimakan bersama sos garlic butter tersebut.

hungry-bunch-kafe-vocket-11

Begitu juga dengan Grilled Lamb Shoulder yang masakannya kami rasakan agak overdone, tetap sedap bila dimakan bersama sos lada hitam yang disediakan.

hungry-bunch-kafe-vocket-12

BACA: Steak Wagyu Dan Minuman Free Flow Di Restoran Me’nate Steak Hub Starparc Point

Satu lagi hidangan ‘signature’ di Hungry Bunch ini adalah THB Burger. Dagingnya sangat juicy dihiasi cheese cheddar dan diletakkan pula bolognese daging di atasnya. Menariknya ia dihidangkan bersama ubi keledek goreng. Ah, air liur kecur kembali tatkala menaip artikel ini.

hungry-bunch-kafe-vocket-13

Aglio Olio dan Creamy Carbonara adalah antara menu dari kumpulan pasta yang dihidangkan kepada kami. Aglio Olio dimasak bersama rempah segar serta menggunakan minyak zaitun. Ia boleh dikatakan hidangan yang tidak mengecewakan. Cuma kami sependapat yang ianya terasa agak pedas.

hungry-bunch-kafe-vocket-14

Manakala Creamy Carbonara yang digaul bersama hirisan daging ini memberi rasa yang seimbang dengan adunan herba dan krim cis. Ia memang terbaik dan ini disahkan oleh salah seorang ahli tim kami yang amat menggemari carbonara.

hungry-bunch-kafe-vocket-15

Terlalu asyik dengan hidangan makanan, terlupa kami akan minuman yang disediakan. 4 minuman yang dijamu kepada kami iaitu Fizzy Ribena, Zesty Lemon Grass, Iced Latte with Grass Jelly dan Chocolate Iced Blended. Kesemuanya habis diminum, membuktikan kesemuanya sedap!

hungry-bunch-kafe-vocket-16

Setelah puas perut kami ‘diasak’ dengan pelbagai masakan di atas, tiba pula sesi memujuknya dengan hidangan pemanis mulut. Kami dihidangkan dengan Chocolate Lava yang didatangkan bersama satu skop aiskrim. Tidak terlalu manis dan porsi hidangannya juga kami rasakan ‘just nice’. Dengan kombinasi antara kek yang panas bersama airkrim yang sejuk, ia sememangnya satu hidangan penutup yang lazat.

hungry-bunch-kafe-vocket-17

Kafe Hungry Bunch ini dimiliki oleh seorang usahawan bumiputera dan baru beroperasi sekitar bulan Jun yang lepas. Masih dalam proses mendapatkan pengiktirafan Halal Jakim, beliau memberi jaminan bahawa kesemua hidangannya adalah halal.

Sekiranya anda ke Sunway Pyramid, tak perlu lagi membuang masa membelek direktori untuk mencari restoran. Terus saja ke Hungry Bunch, sememangnya sesuai untuk anda yang lapar!

Nama Restoran : Hungry Bunch
Lokasi : F Floor, Lot F1.75, Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Petaling Jaya. (waze)
Layari laman Facebook dan Instagram.
Waktu beroperasi : 10am – 10pm,

BACA: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram