Adakah anda sudah menonton filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw di pawagam? Jika belum dan anda membaca penulisan ini, bersedialah untuk membaca sedikit spoiler tentang post credit.

Pasti anda perasan pada penghujung filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw terdapat 3 babak post credit dimana memberi gambaran arah untuk filem francais Fast & Furious akan datang. Sedia maklum, filem tersebut merupakan filem spin off  dan mari kita huraikan 3 babak dalam post credit tersebut.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Babak pertama: Pertemuan semula keluarga Shaw dalam penjara

Hobbs-Shaw-Header-1200×676

Bagi babak ini, pasti anda dapat lihat abang dan adik perempuan datang melawat ibu mereka iaitu Magdalene di penjara dan kelihatan ibu mereka amat gembira sekali. Malah, mereka menghadiahkan kek hari jadi dimana kita boleh lihat ia bertujuan untuk mengeluarkan ibunya dari penjara.

Untuk pengetahuan anda, dalam salah satu plot filem tersebut ada menunjukkan babak keadaan keluarga Shaw yang porak-peranda dimana Hattie Shaw telah memutuskan hubungan dengan abangnya selepas terpedaya dengan Brixton Lore. Kemungkinan besar juga watak Magdalene akan ada dalam filem seterusnya kerana keluarga tersebut telah bersatu.

Babak kedua: Hobbs membalas dendam

Fast-and-Furious-1

Menerusi babak ini, kita dapat lihat Hobbs cuba membalas dendam kepada Shaw berikutan Shaw sengaja memberi masalah kepadanya ketika di lapangan terbang untuk ke Rusia. Hobbs telah menelefon Shaw yang ketika itu sedang berseronok di pub di London dan Hobbs memberitahunya ada polis di luar pub ingin menangkapnya.

Lantaran itu, Shaw tahu bahawa Hobbs membuat panggilan palsu untuk menyukarkan keadaanya. Justeru itu, kita dapat lihat bahawa Hobbs dan Shaw masih mengekalkan cara mereka layan antara satu sama lain.

Babak ketiga: Kemunculan virus baharu

MV5BMTEwNzk0ODcwNzBeQTJeQWpwZ15BbWU4MDAxNjIyMzcz._V1_SX1777_CR0_0_1777_989_AL_.0

Melalui babak ini, kelihatan Hobbs mendapat panggilan daripada pengendali CIA, Locke yang ketika itu sedang bertempur dan memberitahunya terdapat satu lagi virus dahsyat di luar sana.

Sebenarnya babak kemunculan virus ini plot cerita seperti dalam Fast & Furious 6 cuma kali ini hanya Hobbs dan Shaw yang menyelesaikan misi tersebut. Tetapi dengan perkhabaran terdapat virus baru, tidak mungkin mereka akan berhadapan dengan virus baharu pada filem akan datang tetapi mungkin akan menampilkan kemunculan Locke.

Selepas anda menonton filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw ini, pasti anda tidak sabar menantikan filem Fast & Furious akan datang. Lagi-lagi setelah melihat post credit yang meninggalkan anda tanda tanya.

Anda Mungkin Suka