Super Mario Run baru sahaja dilancarkan beberapa hari yang lepas. Permainan yang diumumkan ketika Apple Keynote ini mengundang pelbagai reaksi khususnya Gen-Y yang mengikuti perjalanan Mario sejak daripada awal lagi.

Kali ini, permainan ini diberi sentuhan moden dengan penyertaan platform iPhone dan iPad. Cara permainannya pun sangat mudah dan sama seperti permainan Mario yang sebelum ini.

Apa yang membuatkan iainya berbeza adalah permainan ini membawa konsep pergerakan automatik sepertimana permainan Temple Run cumanya dari sisi berbeza. Buat peminat konsol Nintedo yang pernah bermain Super Mario, permainan ini bukan membuatkan peluang anda untuk ‘explore’ dan selidik ‘lubang rahsia’ juga sedikit terbatas.

Keperluan untuk sentiasa dalam mood online juga membuatkan bakal membuatkan bermain permainan ini sedikit terbatas. Menyebut tentang batasan, permainan ini ditawarkan secara percuma untuk beberapa level awal dan pengguna perlu membayar sebanyak $10 USD (~RM44.80) untuk akses penuh.

Adakah berbaloi memuat-turun Super Mario Run edisi berbayar? Berdasarkan review awal, dikatakan penawaran features yang sedikit membuatkan permainan ini cepat bosan dan boleh dihabiskan dalam beberapa hari sahaja. Untuk pengguna iOS anda boleh mencuba edisi percuma terlebih dahulu.

Seingat saya ini merupakan game kedua pada tahun ini yang hadir dengan penuh hype dan fun tetapi gagal memberikan masa permainan yang lama buat pengguna setelah beberapa ketika. Kami harap Nintendo dapat menyediakan pelbagai features menerusi update terbaru buat Super Mario Run.