Hyper Rich bakal mewakili Malaysia di Pusingan Akhir Dunia Neymar Jr’s Five 2018 setelah memenangi pusingan akhir peringkat kebangsaan 14 April yang lalu.

Pertandingan bola sepak anjuran bintang Brazil dan PSG, Neymar Jr. dan Red Bull Product sejak 2016 ini sudah memasuki musim yang ketiga dan Hyper Rich menempah tiket ke Brazil dengan menewaskan Hyper Rich B, 2-0 di perlawanan akhir.

Hyper

Format Neymar Jr’s Five ini juga unik. Jika pasukan anda menjaringkan gol, pasukan lawan akan hilang seorang pemain. Permainan ini akan berlangsung selama 10 minit sehingga tiada lagi pemain yang tinggal.

Hyper Rich bakal mengibar Jalur Gemilang dan berentap dengan pasukan lain dari seluruh dunia di pusingan akhir Dunia Neymar Jr’s Five 2018 dari 18 hingga 21 Julai depan. Pusingan akhir ini akan diadakan di Instituto Projeto Neymar Jr, Sao Paulo, Brazil. Tahniah dan all the best Hyper Rich!