Sempena Ramadhan yang bakal menjelang tiba, buat pelanggan UniFi terutamanya, HyppTV akan hadir dengan banyak program menarik dan ianya percuma untuk semua pelanggan HyppTV Aneka Pack. HyppTV akan menyerikan hari anda dengan konten-konten menarik sepanjang bulan Ramadhan serta raya di samping filem blockbuster percuma dari 17 Jun sehingga 2 Julai 2017.

Kempen #TAMBAHLAGI ini sememangnya ditujukan khas untuk peminat-peminat hiburan tanah air dengan pelbagai drama akan mula ditayangkan sepanjang bulan puasa ini. Bukan setakat drama tempatan, malah anda juga akan disajikan dengan filem-filem tempatan di saluran HyppSensasi HD, HyppInspirasi HD dan Salam HD.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara rancangan dan filem menarik yang akan ditayangkan nanti sepanjang kempen #TAMBAHLAGI adalah telemovie indie Kasut, Dapur Dara Ramadhan, Sensasi Bersama Judika, Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2, Dalam Mihrab Cinta dan banyak lagi.

Antara siri yang menarik nanti adalah Dapur Dara Ramadhan. Hos Dapur Dara Ramadhan akan ajar anda penyediaan juadah berbuka puasa dan tips makanan di bulan Ramadhan ini dengan hanya bermodalkan RM10.00.

Khas dari 17 Jun hingga 2 Julai 2017, HyppTV akan menawarkan Pesona HD, tvN Movies HD dan Sony Max secara percuma untuk tontonan para subscriber HyppTV termasuk boleh ditonton melalui aplikasi HyppTV Everywhere. Best kan?

Jadi buat anda yang memang sudah ada langgan UniFi di rumah, elok sangatlah untuk pasang HyppTV di tv anda. Tak perlu dah nak langgan saluran berbayar yang lain. Jimat Untuk maklumat lanjut, bolehlah ke laman Facebook HyppTV untuk mengetahui informasi lanjut tentang kempen #TAMBAHLAGI HyppTV ini.