Hyundai Motor pada minggu ini telah mengumumkan tambahan suntikan dana sebanyak $250 juta (RM1,043 bilion) setelah menyumbang dana kepada syarikat e-hailing terkenal, GrabTaxi Holdings bulan Januari lalu.

Umum mengetahui bahawa Hyundai bukanlah satu-satunya syarikat yang menyuntik dana kepada syarikat tersebut bahkan baru-baru ini laman perkhidmatan booking.com atau Booking Holdings, Microsoft dan Toyota. Suntikan dana terbaharu Hyundai ini dikatakan akan menawarkan kereta elektrik keluaran Hyundai dan Kia untuk pasaran Asia Tenggara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Photo-1_-Mr-Goh-Chee-Kiong-of-SP-Group-Mr-Lim-Kell-Jay-of-Grab-posing-with-a-100-electric-Hyundai-Ioniq-car

Difahamkan kira-kira 200 kenderaan eletrik akan mula digunakan di Singapura pada bulan Januari tahun hadapan. Menurut presiden Grab, Ming Ma berkata penggunaan kereta elektrik akan membantu mengurangkan kos dan menjamin kelangsungan jangka hayat operasi kenderaan.

Pusat pengecasan semula kereta yang tersedia di sesebuah negara merupakan faktor yang perlu dipertimbang untuk memulakan penggunaan kereta elektrik di negara tersebut.