Polaroid will never die! Seperti pheonix, ianya kini dibangkitkan semula oleh satu pasukan, The Impossible Project. Setelah pengumuman oleh pihak Polaroid yang mereka akan menghentikan pembuatan filem Polaroid pada tahun 2008, mereka inilah yang menyambung kembali legasi Polaroid.

8 tahun selepas terbengkalainya Polaroid 600, The Impossible Project memperkenalkan kamera mereka sendiri dengan format yang sama seperti Polaroid 600. Dikenali sebagai ‘I-1’, kamera ini boleh menggunakan filem Polaroid yang lama dan juga filem versi Impossible Project yang baru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hasilnya, gambar dengan feel old skool yang penuh retro dan minimalis. Saya suka gambar-gambar yang dihasilkan oleh kamera jenis Polaroid ini. Kamera ini nanti boleh ditambah ring flash untuk gambar yang lebih menawan dan juga fungsi autofocus.

Lebih menarik ialah ianya boleh disambung secara Bluetooth dan sistem iOS atau Android akan bantu anda untuk menetapkan shutter speed, aperture dan kekuatan lampu flash. Siapa yang tahu perkara-perkara ini, pasti dapat rasa betapa awesome kamera I-1 ini. Anda juga dapat simpan gambar yang anda tangkap dalam telefon selain ianya di print keluar. Cool!

Kalau anda berminat dengan kamera ini, boleh ikut dahulu impossible-project.com kerana ianya akan mula dipasarkan pada 10 May 2016 dengan harga jualan $300 (lebih kurang RM1150). Saya rasa harga ini ok dengan teknologi yang ada dalam kamera ini. Lihat video di bawah tentang bagaimana mereka bermula dan kemudiannya anda akan tahu kenapa mereka gelar diri mereka impossible.

Awesome kan mereka ini? Tanpa mereka ini, teknologi Polaroid pasti pupus begitu sahaja di dunia ini. Kalau nak tahu, Instagram cedok idea Polaroid inilah. Tapi Instagram tidak dapat menang dengan Polaroid. Anda klik, dan terus kamera ini print gambar anda. Lihat contoh gambar yang diambil dengan kamera ini. Amazing dan terus jatuh cinta.

img.i-one.sample.01

img.i-one.sample.02

img.i-one.sample.03

img.i-one.sample.04

Sumber