Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mendedahkan rasa kecewa dengan tindakan pelawak Atu Zero yang dikatakan bersoloroh semasa di rancangan The Masked Singer Malaysia musim ketiga.

Menerusi Instagram Story milik Nabila, dia menyatakan rasa tidak puas hati dengan gurauan kasar Atu tentang bakat nyanyiannya itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Penyanyi berusia 30 tahun itu berkata, dia menganggap gurauan itu tidak lucu kerana dia sudah sehabis baik meneruskan dan memperbaiki nyanyiannya untuk menjadi lebih baik setiap tahun. Hanya peminat sejatinya yang memahami dan menghargai usahanya itu.

Difahamkan, Atu mengatakan Nabila tidak boleh menyanyi secara ‘live’ selepas selesai persembahan daripada peserta Si Tangkis yang menyanyikan lagu Pematah Hati di dalam program tersebut.

Bagaimanapun, Nabila turut menasihatkan kepada semua pelawak supaya lebih berhati-hati ketika membuat lawak. Baginya, lawak sebegitu sama sahaja seperti membahan ‘body shaming’ seseorang.

Berdasarkan temu bual bersama mStar, Atu mengakui keterlanjuran kata-katanya kepada Nabila tetapi berharap komen yang diberikannya dijadikan pembakar semangat untuk Nabila memperbaiki mutu nyanyiannya selepas ini.

Atu turut berkata beliau telah menghubungi penyanyi itu secara direct message (DM) di Instagram tetapi masih tidak berbalas. “Mungkin dia tengah marah, jadi berikanlah masa dahulu. Kalau selepas ini marah lagi saya akan ulang minta maaf,”katanya kepada Mstar.