Setiap kali menjelang bulan Zulhijjah, umat Islam di seluruh dunia (bagi yang mampu) tidak mahu terlepas peluang untuk melaksanakan ibadah korban.

Umum tahu ibadah korban hanya boleh dilakukan pada 10,11,12, dan 13 Zulhijjah. Ia bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah, menghayati semangat pengorbanan agung Nabi Ibrahim ketika Allah menguji Baginda supaya menyembelih anaknya.

Dalam Islam, ibadah korban merupakan sunnah muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut dalam islam tetapi tidak diwajibkan. Ibadah korban merupakan salah satu cara umat Islam berkongsi rezeki dengan saudara seagama dan pada masa yang sama mendapat pahala dan keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

korban tempatan

Pun begitu, setiap tahun juga timbul perdebatan korban di mana lebih baik, dalam atau luar negara? Trend untuk laksanakan ibadah korban di luar negara semakin meningkat saban tahun kerana kosnya yang lebih murah dan berpatutan tetapi ada pendapatan menyatakan lebih afdhal untuk laksanakan ibadah korban di dalam negara.

Berdasarkan semakan pakej di laman rasmi EZ Qurban, harga untuk ibadah korban di luar negara ditetapkan pada harga RM320 untuk satu bahagian lembu (RM2,240 untuk seekor) dan untuk dalam Malaysia pula RM720 untuk sebahagian lembu (RM5,040 untuk seekor). Satu ekor lembu korban terbahagi kepada 7 bahagian & 7 penama.

Adalah tidak adil apabila kita mengata saudara kita yang memilih korban di luar negara ‘mahu berjimat’ kerana harganya yang jauh lebih murah daripada korban dalam negara. Mari kita lihat terlebih dahulu konteks mengapa korban luar negara ini dilakukan.

Korban Luar Negara

korban luar

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-66 yang bersidang pada 25 Nov 2004 turut memutuskan bahawa hukumnya harus untuk mengagihkan daging korban ke tempat atau negara lain. Bermakna tiada sekatan untuk umat Islam membuat ibadah korban di luar negara.

Tetapi tahukah anda, pelaksanaan korban di luar negara ini juga merangkumi negara seperti Kenya, Chad, Uganda, Tanzania, Burundi, Palestin, India, Bangladesh, Kemboja, Indonesia, Uzbekistan dan 25 negara yang lain?

Bagi negara seperti di Afrika terutamanya, penganut agama Islam adalah golongan minoriti dan daging segar terutamanya yang halal adalah satu luxury bagi mereka. Mungkin ada penduduk di negara-negara ini yang cuma dapat makan daging bila Aidiladha menjelma sahaja. Ini satu contoh vlog ibadah korban yang dibuat di Burundi dan Rwanda hasil sumbangan saudara Islam dari Malaysia menerusi platform EZ Qurban.

Selain itu, RM320 untuk satu bahagian ini bagi sesetengah individu merupakan nilai yang besar. Jadi tidak salah melaksanakan ibadah korban di luar negara setakat kemampuan individu itu sendiri.

Kebanyakan tempat pelaksanaan EZ Qurban juga terletak di kawasan pedalaman dan masyarakat di sana memanfaatkan setiap bahagian lembu dan kambing yang dikorbankan dengan sepenuhnya.

Korban Dalam Negara

Berdasarkan artikel yang dikongsikan oleh Kosmo tahun lalu, Pengerusi Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr. Zaharuddin Abdul Rahman berkata, hampir semua ulama bersetuju bahawa sebaiknya penyembelihan ibadah korban dilakukan sembelihan itu dengan tangan sendiri.

Tegasnya, itu disepakati pa­ling afdal kerana ia adalah suatu ibadah selain juga sunnah ba­ginda Nabi Muhammad SAW.

“Penyembelihan korban di tempat sendiri adalah cara paling tepat untuk menaikkan syiar Allah SWT. Secara umumnya ibadah korban yang lebih baik adalah dilakukan di tempat kita berada,” katanya.

Ada sesetengah ulama menyatakan tidak mengharuskan dan ada sesetengahnya berpendapat harus dibuat ke negara yang mana rakyatnya lebih memerlukan. Namun semuanya bergantung kepada niat serta kemampuan anda.

KORBAN MENGIKUT KEMAMPUAN ANDA

EZZ

EZ Qurban merupakan platform melaksanakan ibadah korban dan Aqiqah di dalam negara dan 35 buah negara lain di seluruh dunia. Mula bertapak sejak 2007, dengan 14 tahun pengalaman dalam bidang ini pastinya akan memudahkan urusan korban anda di mana jua anda berada.

Kelebihan melaksanakan ibadah korban dengan EZ Qurban ialah semestinya pilihan harga yang ditawarkan mengikut kemampuan anda. Berikut ialah sebut harga bagi ibadah korban melalui platform EZ Qurban (untuk tahun 2021):

1. Harga Korban di luar negara: RM320/bahagian
EZ Korban 1

2. Korban di Malaysia: RM720/bahagian
EZ Korban 3

3. Korban di Palestin: RM1,900/bahagian
ez korban 2

EZ Qurban turut menawarkan ibadah korban di bumi Anbia iaitu di Palestin. Cuma harganya agak tinggi kerana beberapa faktor ini; negara peperangan dan permintaan tinggi, lembu yang perlu diimport dari luar negara, cukai negara Israel yang tinggi dan akan diagihkan kepada para Mujahidin, anak yatim, asnaf dan pelarian.

EZ Qurban juga Melantik AWARIS Berhad selaku Pemegang amanah yang tertakluk di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 yang akan mengawasi semua transaksi kewangan EZ Qurban termasuk urusniaga dengan pembekal di seluruh dunia. Pelantikan ini dibuat supaya setiap urusan dan wang yang diterima EZ Qurban diurus dengan telus supaya tidak timbul keraguan.

Ketika kita yang masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ibadah korban menerusi EZ Qurban adalah cara terbaik untuk tahun ini. Semuanya diuruskan dengan tertib oleh pihak EZ Qurban untuk anda.

Buat anda yang mahu melaksanakan ibadah korban pada tahun ini, penyertaan bagi tahun 2021 masih lagi dibuka sehingga 12 Julai bagi pelaksanaan ibadah korban di dalam negara & 21 Julai untuk ibadah korban di luar negara. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk sama-sama bersedekah dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan di luar sana.

Klik SINI untuk pendaftaran melaksanakan ibadah korban tahun ini atau anda boleh hubungi talian hotline, 03-61861911.

Mahu maklumat lebih lanjut mengenai servis yang EZ Qurban sediakan? Anda boleh klik link dibawah.

Website: EZ Qurban

Facebook: EZ Qurban

Instagram: EZ Qurban

Rasulullah SAW bersabda; “Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat kebaikan,” – HR Ibnu Majah. Jazāk Allāhu Khayran.

Ini beberapa artikel berkaitan korban pernah ditulis di The Vocket. Baca lagi pada pautan di bawah.

Kumpulan Nasyid Terkenal Hanya Ditawarkan Daging Korban Sebagai Upah Buat Persembahan

Ada Apa Dengan Daging Korban