Hubungan erat antara manusia dan haiwan bukanlah sesuatu yang baru dan bukan sahaja dapat ditonton di kaca TV atau dalam filem seperti Aquaman dan Tarzan sahaja.

Malah sebelum ini kita sering melihat hubungan yang tidak terjangka antara haiwan dan manusia seperti singa dan pelbagai hidupan liar dalam perkongsian di media-media sosial dari luar negara.

japan featured
HYPE
14 ‘Hidden Gem’ Wilayah Tohoku Di Utara Jepun Yang Pelancong Malaysia Perlu Cuba
Baca lagi →

Tetapi siapa sangka dalam negara kita juga mempunyai lelaki yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan haiwan seperti yang berlaku di Kedah ini.

Dalam perkongsian video yang dikongsikan di Twitter sejak semalam, rata-rata netizen teruja dan seronok melihat gelagat seorang pekerja atau juga dikenali sebagai ‘Joki’ restoran nasi kandar di Kedah memanggil burung-burung liar untuk datang kepadanya.

Dalam kejadian yang difahamkan dirakam di Sungai Petani, Kedah dan dikongsikan oleh pengguna Twitter @fariz96ikhwan itu, lelaki tersebut dapat dilihat dengan jelas berjaya memanggil burung-burung yang berada dari jauh untuk menjamu makanan yang dibawanya.

Jika sebelum ini kita sering melihat burung-burung akan menghampiri jika ada yang menaburkan makanan atau dedak, kali ini lain pula apabila beliau turut memanggil kawanan burung yang lain dengan membuat isyarat suara seperti dalam video di atas.

Bukan sahaja teruja melihat aksi dan keupayaan lelaki berkenaan, malah netizen juga turut menyamakan beliau dengan beberapa adiwira yang mempunyai kelebihan yang hampir sama dengannya.

Baca juga kisah kucing ini yang dikatakan ‘patah hati’ setelah kematian tuannya seperti pernah kami kongsikan di pautan di bawah sebelum ini. 

Kisah Kucing Yang Patah Hati Setelah Tuannya Meninggal Dunia

18 Gambar Anak Burung Hantu Yang Sungguh Comel. Nama “Burung Hantu” Sudah Tidak Relevan Lagi.

‘Gua Lipas’ Terbesar Dunia Di Sabah Ini Tawar Pengalaman Unik Kepada Pengunjungnya

Anda Mungkin Suka