Setiap orang memiliki kisah cinta mereka yang tersendiri. Pastinya setiap orang ingin kisah cinta mereka berjaya dan berkekalan.

Terbaharu, perkongsian kisah cinta antara @deeharrisa dan @thenameshakeem menjadi perhatian ramai orang di Twitter. Untuk pengetahuan anda, pasangan ini bekerja sebagai krew kabin di syarikat penerbangan AirAsia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/deeharrisa/status/1193514056289644544

Siapa sangka perasaan suka berputik pada pertemuan pertama kali ketika mereka ditugaskan dalam satu syif penerbangan yang sama pada 16 Oktober 2017. Ketika itu, beliau tidak mengenali Hakeem dan ketahui Hakeem adalah junior kerana melihat nombor ID.

Sebelum penerbangan, seperti biasa krew kabin akan ada briefing dahulu dan beliau dan Hakeem ditugaskan bersama. Sebelum memulakan tugasan, Hakeem sempat bergurau senda tetapi beliau sebenarnya berasa terkejut dengan sikap yang ditonjolkan Hakeem ketika itu.

1aca

Walaupun Hakeem adalah junior tetapi sangat membantu beliau ketika melakukan safety check dan ketika itu beliau sedar mungkin Hakeem pernah bekerja sebagai krew kabin sebelum ini. Untuk pengetahuan anda, penerbangan mereka adalah penerbangan ke Cochin, India yang memakan masa 4 jam pergi dan 4 jam balik.

Selepas selesai menjalankan tugas, mereka makan bersama dan ketika itu mereka mula menyedari bahawa mereka mempunyai persamaan. Sebenarnya, pada ketika itu Hakeem sudah mula suka pada dirinya dan beliau tidak tahu akan perkara tersebut sehinggalah rakannya memberitahunya.

EJA2tBsUEAAxFB1

Setelah sampai ke Kuala Lumpur, dapat dilihat pada riak wajah Hakeem yang sedih kerana mungkin selepas ini tidak dapat berjumpa lagi. Kemudian, mereka pun bergambar bersama dan mula ikuti akaun Instagram masing-masing.

Apa yang melucukan adalah apabila Hakeem mesej beliau untuk minta nombor akaun bank kerana lupa bayar duit makan ketika penerbangan. Jadinya, nombor pertama yang Hakeem dapat bukanlah nombor telefon tetapi nombor akaun bank.

Dz-uMYZU8AAHpGM

Itulah kisah pertemuan pertama kali pasangan ini. Malah, pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2019 dan sedang menantikan kehadiran cahaya mata tidak lama lagi.

Akhir kata daripada Dee yang memberitahu pihak The Vocket adalah cinta sebenar tidak datang dengan mudah, belajarlah untuk sayang diri sendiri dahulu, baru anda dapat mencintai orang lain. Sentiasalah utamakan kebahagiaan diri.

Adakah anda masih ingat akan pertemuan pertama kali anda bersama pasangan anda? Tahukah anda ada seorang lelaki ini sanggup ke Jerman semata-mata ingin kahwini cinta hatinya? 

Lelaki Ini Sanggup Pandu AE86 Sejauh 25,000KM Ke Jerman Demi Kahwini Cinta Hati

Tidak Lagi Keseorangan, Keanu Reeves Akhirnya Bertemu Cinta Hati

Tonton Iklan ‘Buah Hati Raya’, Kisah Cinta Warga Emas Menyambut Hari Raya

Sumber