Tidak dinafikan bahawa Munafik 2 mendapat permintaan yang tinggi dan berjaya mengutip kutipan sebanyak RM2.05 juta pada hari tayangan awal yang berlangsung kelmarin.

Lebih memberansangkan, filem Munafik 2 ini akan ditayangkan setiap 15 minit di GSC Alamanda bermula hari ini hingga esok gara-gara pawagam merasakan ada permintaan besar untuk filem ini.

Disebabkan Permintaan yang begitu Tinggi, MUNAFIK 2 DITAYANGKAN SETIAP 15 MINIT DI PUTRAJAYA.31 Tayangan pada hari ini…

Posted by Kelab Kebudayaan Kesenian Putrajaya on Thursday, August 30, 2018

Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan untuk industri filem tempatan dan merupakan fenomena yang luar biasa. Ianya juga membuktikan rakyat Malaysia bersedia membelanjakan wang untuk memberi sokongan pada filem yang bermutu.

Fenomena ini membuktikan yang filem tempatan juga mampu bersaing dengan filem antarabangsa yang box office jika berkualiti dan menarik. Semoga filem Munafik 2 ini dapat mengekalkan permintaan tinggi hingga akhir tayangan kelak.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group