Semalam, kita dikejutkan dengan pengumuman pelaksanaan PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 Oktober ini.

Lantaran peningkatan kes positif COVID-19, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah melangkah satu tapak ke hadapan apabila Polis Bantuan (PB) di stesen dan dalam keretapi memakai helmet pengimbas suhu.

Difahamkan, anggota PB yang membuat rondaan dengan menggunakan helmet tersebut akan dapat mengesan penumpang bergejala melalui alat teknologi canggih itu.

Inisiatif tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata memuji inisiatif yang dilakukan oleh pihak KTMB. Malah, para netizen turut mengatakan helmet tersebut kelihatan style dan cool.

Menurut KTMB, penggunaan helmet ini masih di peringkat percubaan bagi menilai keberkesan dan kesesuaian kepada anggota PB. Apakah pendapat anda akan helmet pengimbas suhu tersebut?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan perkembangan COVID-19 di negara kita pada pautan di bawah ini.

PKPB Bakal Dilaksanakan Di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya Mulai 14 Oktober

Kajian Melaporkan Wabak COVID-19 Mampu Berada Di Skrin Telefon Sehingga 28 Hari

Selepas Pusat Beli-Belah 1 Utama, Mid Valley Megamall Dan The Gardens Pula Sahkan Kes Positif COVID-19