Selain daripada menawarkan harga berpatutan, keunikan dan servis sesuatu penginapan itu antara yang dipertimbangkan oleh ramai orang sebelum mereka membuat tempahan.

Sekinchan, Selangor merupakan antara destinasi pilihan mereka yang tinggal di ibu kota untuk lari dari hiruk pikuk kota. Terbaharu, seorang pengguna Twitter @ausmeshi telah berkongsi penginapan yang ditempahnya ketika percutiannya di Sekinchan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian tersebut, dia telah memilih untuk menginap di Padi Sentral Homestay dan penginapan dikelilingi sawah padi yang akan memberikan ‘view’ menakjubkan kepada tetamunya. Akan tetapi, dia mengatakan bangunan penginapan tersebut mengingatkannya akan flat dalam filem Pengabdi Setan.

Walaupun demikian, penginapan ini dikatakan selesa dan hadir dengan 5 jenis pilihan bilik serta harganya cukup berpatutan kerana lengkap dengan penghawa dingin serta kemudahan lain. Malah, terdapat rooftop untuk anda lepak bersama rakan anda atau keluarga.