Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kita sedia maklum jalan Felda Aring sangat famous digunakan oleh orang ramai untuk menuju ke Tasik Kenyir. Tetapi ia telah ditutup pada bulan Januari yang lalu kerana keadaannya semakin teruk akibat hujan lebat.

Pada awal minggu ini tular satu rakaman video dashcam menunjukkan sebuah kenderaan melalui jalan tersebut setelah penghalang konkrit dialihkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

Melalui rakaman video itu, kita boleh lihat jalan tersebut sudah semakin teruk dan memang tidak sesuai untuk digunakan oleh orang ramai.

Untuk makluman jalan ini (laluan Tasik Kenyir – Felda Aring berhampiran Bukit Kawah) masih ditutup kepada semua kenderaan. Ada pihak yg tidak bertanggungjawab alihkan konkrit barrier bagi membuka laluan.

Saja² cari maut?Untuk makluman jalan ini (laluan Tasik Kenyir – Felda Aring berhampiran Bukit Kawah) masih ditutup kepada semua kenderaan. Ada pihak yg tidak bertanggungjawab alihkan konkrit barrier bagi membuka laluan. Kepada pengguna jalan raya dinasihatkan tidak ikut laluan ini,kerana masih belum selamat dan masih dalam kerja-kerja baik pulih..

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, March 1, 2021

Sebelum jalan ini ditutup kerana tanah runtuh lagi jalan ini memang sudah sedia agak bahaya untuk digunakan kerana laluannya yang berliku dan permukaan jalan yang rosak teruk akibat dilalui pelbagai jenis kenderaan berat termasuk treler lebih muatan yang membawa bijih besi.

Hasil carian di Facebook, kami dapati sudah ada beberapa kes kemalangan telah terjadi di laluan Felda Aring – Tasik Kenyir ini bukan sahaja melibatkan orang Malaysia, bahkan melibatkan penduduk dari negara jiran, Singapura.

Penunggang motosikal terjatuh kebawah cerun bukit kawoh. Tiada maklumat keadaan mangsa.#MohonPerhatian kepada…

Posted by RXZ Members – Official on Friday, October 9, 2020

Kejadian dikatakan berlaku pada pagi tadi di Terengganu, di mana salah seorang ahli kumpulan konvoi Porsche terbabas dan…

Posted by Careta on Saturday, March 30, 2019

Orang ramai dinasihatkan agar tidak melalui laluan ini buat sementara waktu demi keselamatan diri anda sendiri. Jika anda nampak jalan-jalan lain turut mempunyai papan tanda atau penghalang konkrit, janganlah anda cuba-cuba untuk melalui jalan tersebut kerana anda tidak terfikir risiko yang menanti anda.

Baca lagi artikel-artikel yang menjadi pilihan pembaca The Vocket melalui pautan di bawah.

Baru Beli Kereta ‘Cash’, Kerajaan Pahang Arah Hentikan Aktiviti Lombong Emas Di Kuala Lipis

‘Bob Mah Sing’ Rempuh Myvi Berjaya Diberkas Polis

Peguam Ini Kongsi Cara Selesaikan Denda Kesalahan Jalan Raya Yang Melibatkan Mahkamah

Anda Mungkin Suka