Walaupun sudah mencatatkan lebih 40,000 kematian dan hampir sejuta kes keseluruhan, namun masih terdapat sebahagian rakyat Amerika Syarikat yang degil dengan arahan untuk kekal berada di rumah- sepertimana yang dilakukan hampir sebagahian besar penduduk dunia yang lain.

Seakan tidak mempedulikan situasi pandemik itu yang semakin meruncing, beberapa hantaran video di media sosial sebelum ini menunjukkan ‘kegilaan’ mereka berkumpul dan melakukan protes-protes di jalanan.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Malah protes menuntut kebebasan daripada situasi lockdown itu juga dipercayai berlaku di beberapa kawasan di seluruh negara dengan ada situasi yang turut memerlukan campur tangan pihak polis.

Antara alasan yang diberikan mereka sebelum ini adalah untuk mempertahankan hak asasi dan kebebasan mereka seperti keluar melepak dan juga menggunting rambut.

Walaupun tindakan berkumpul di jalanan itu mendapat pujian daripada presiden Donald Trump, namun gelagat kumpulan penunjuk perasaan ini tidak diambil ringan oleh sebahagian rakyat mereka dan pengguna media sosial di seluruh dunia yang mengecam perbuatan itu.

Ibarat ‘tunjuk jari tengah’ buat petugas kesihatan

Tindakan kumpulan yang melakukan protes itu sebelum ini juga menimbulkan kekecewaan dalam kalangan pengamal perubatan di negara itu yang bertungkus lumus melawan COVID-19 ketika ini.

Malah ada juga yang menganggap tindakan mereka ini sebenarnya ibarat ‘menunujukkan jari tengah’ buat petugas kesihatan yang bertungkus lumus menyelamatkan pesakit-pesakit COVID-19 di negara mereka ketika ini.

Dilaporkan sebelum ini beberapa individu berpakaian seperti jururawat dan kakitangan hospital terpaksa turun ke jalanan bagi membuat protes mereka sendiri bagi menyatakan ketidaksetujuan mereka terhadap kumpulan-kumpulan yang berkumpul di jalanan ini.

Bukan sahaja terpaksa menghalang masyarakat mereka daripada berkumpul, malah petugas-petugas kesihatan ini juga dilaporkan turut terpaksa melakukan protes mereka sendiri di hadapan White House bagi meminta kerajaan menyediakan bekalan personal protective equipment (PPE) yang mencukupi buat mereka dalam menghadapi pandemik ketika ini.

Tindakan sebahagian besar rakyat AS ini sudah pasti akan memburukkan lagi keadaan mereka memerangi COVID-19 ketika ini. Malah jika melihat kepada statistik kes yang begitu teruk, mereka sepatutnya mengamalkan langkah maksimum bagi memerangi wabak itu.

Dan semestinya berkumpul melakukan protes adalah perkara terakhir yang boleh dilakukan rakyat mereka ketika ini dikala angka jangkitan sudah pun menghampiri satu juta kes di negara Uncle Sam itu

Sebelum ini rakyat mereka memberikan alasan yang tidak masuk akal untuk tidak mematuhi nasihat stay at home. Baca perkongsian kami sebelum ini untuk mengetahui lebih lanjut. 

Mahu Gunting Rambut Dan Melepak Antara Sebab Rakyat AS Tolak Kuarantin Di Rumah

Donald Trump ‘Berharap’ Jumlah Kematian Kes COVID-19 Di Amerika Syarikat Tidak Lebih 100,000

Anda Mungkin Suka