Menyebut tentang Zlatan Ibrahimovic dan David Beckham, kami yakin anda yang tidak mengikuti perkembangan bola sepak dunia juga turut mengenali mereka. Berjaya menjadi ikon dengan gaya yang tersendiri antara yang membuatkan kedua-dua pemain ini mempunyai jumlah peminat yang ramai.

Menjelang perlawanan Sweden bertemu England pada malam ini, Zlatan Ibrahimovic telah memuat naik sebuah gambar di laman Instagram beliau yang menampilkan dirinya bersama David Beckham di dalam jersey kebangsaan.

Menerusi caption yang ditulis, Zlatan Ibrahimovic telah mencabar David Beckham bertaruh diatas pasukan kebangsaan masing-masing. Pasukan yang kalah haruslah mengikuti syarat-syarat yang dikatakan.

Cabaran ini menjadi semakin rancak selepas David Beckham turut memberi maklum balas serta sudi untuk menerima taruhan daripada Ibrahimovic. Berikut merupakan gambar yang dimuat naik Ibrahimovic di laman Instagram beliau.

Jawapan balas daripada David Beckham

Untuk pengetahuan anda, Zlatan Ibrahimovic dan David Beckham pernah bermain bersama di Paris Saint Germain sebelum masing-masing meninggalkan kelab Perancis ini.

i

Pada pendapat anda, siapakah yang akan layak ke separuh akhir FIFA World Cup 2018. Adakah England atau Sweden. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen bersama kami.