Nama Aiman Tino menjadi perhatian netizen apabila ibunya mendakwa Aiman menghilangkan diri dan dikawal kekasih. Dalam satu kenyataan, Aiman telah meminta maaf kerana tidak menghubungi kedua ibu bapanya dan menjelaskan perkara itu hanya salah faham.

Baru sahaja reda isu tersebut, muncul pula perkara lain apabila ibu penyanyi tersebut digelar mertua dari neraka oleh seorang individu dalam satu perkongsian ibu Aiman Tino di Instagram.

japan featured
HYPE
14 ‘Hidden Gem’ Wilayah Tohoku Di Utara Jepun Yang Pelancong Malaysia Perlu Cuba
Baca lagi →

Bukan itu sahaja, individu tersebut mengatakan malang bagi wanita yang bakal jadi isteri kepada anak lelakinya itu. Lantaran itu, Hazelina iaitu ibu Aiman Tino tidak hanya berdiam diri dan menegaskan bahawa apa yang netizen lihat hanya luaran sahaja dan dirinya mahu membawa Aiman menuju ke Syurga.

Tambahnya, dirinya sebagai ibu pastinya terkilan apabila anak yang dijaga dari kecil dengan penuh kasih sayang tetapi apabila dewasa orang lain kikis. Ketika ini, Hazelina memberikan ruang kepada Aiman untuk menjelaskan perkara sebenar dan tidak berniat mengulas lanjut berkaitan isu kehilangannya sebelum ini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan industri hiburan tempatan pada pautan di bawah ini.

Pengarah Takdir Yang Tertulis Jawab Isu Adegan Kejar Peragut Bermotor Sambil Berlari

Sentuh Isu Perkauman Dan Strim Permainan Slot, Streamer Ini Dikecam Hebat Netizen

‘Kampus Bukan Pampers’- Telatah Pengacara Ini Tersasul Ketika Live Buat Netizen Terhibur

Anda Mungkin Suka