Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Adakah anda masih ingat akan berita yang berlaku dua tahun lalu dimana 8 orang remaja berbasikal telah dilanggar oleh seorang wanita? Berita ini mendapat perhatian ramai pihak ketika itu.

Terbaharu, wanita tersebut telah dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dakwaan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan orang remaja.

Berikutan itu, salah seorang ahli keluarga mangsa kejadian mewakili ahli keluarga mangsa-mangsa yang lain berasa terkilan dan tidak dapat menerima keputusan yang telah diputuskan.

maxresdefault-3

Sumber: Berita Harian

Perkara ini dibincangkan oleh ahli keluarga mangsa menerusi group dalam aplikasi WhatsApp yang telah dibuat selepas kemalangan tersebut berlaku. Malah, para ahli keluarga mangsa akan berbincang untuk melawan semula kes atau sebaliknya.

Selain itu, para ahli keluarga mangsa tidak dimaklumkan perkembangan kes tersebut dan hanya mengetahui keputusan kes tersebut melalui media sosial semalam.

Untuk pengetahuan anda, wanita tersebut didapati tidak bersalah kerana tidak memandu di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar menjadi bukti wanita tersebut memandu dalam keadaan berhati-hati.

Keputusan tersebut juga dibuat berdasarkan beberapa faktor lain termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh. Apakah pandangan anda mengenai isu ini?

Di bawah ini kami listkan beberapa artikel berkaitan dengan kes yang pernah jadi buah mulut netizen. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Elak Bayar Tol, Netizen Cari Honda Jazz Langgar Kereta Pelumba Negara

Kematian Muhammad Adib Disahkan Kerana Dipukul Beberapa Individu Tidak Dikenali

Pihak Pendakwaan Mahu Buktikan Bekas CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan Mati Dibunuh

Anda Mungkin Suka