Polis Perancis mengeluarkan kenyataan bahawa ibu bapa perlu lebih berhati-hati sebelum memuat naik gambar anak mereka di Facebook. Logiknya amaran itu adalah kerana gambar-gambar itu boleh menjejaskan privacy dan keselamatan anak-anak.

Pihak berkuasa beranggapan bahawa gambar-gambar itu nanti boleh menarik perhatian pedophile dan juga akan menyebabkan masalah psikologi kepada anak-anak itu di masa hadapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut suratkhabar Le Figaro, Eric Delcroix yang merupakan peguam dalam undang-undang internet Perancis berpendapat sebarang gambar yang dimuat naik tanpa persetujuan, anda boleh dipenjara selama setahun dan denda sebanyak 45,000 euro (lebih kurang RM203 ribu). Dan undang-undang ini tidak terkecuali kepada gambar-gambar anak anda juga.

Pihak berkuasa perancis menasihatkan penjaga untuk menetapkan privacy setting yang tinggi supaya gambar-gambar anak mereka tidak mudah tersebar di serata Facebook. Jay Parikh, jurutera di Facebook mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang membangunkan satu feature di mana anda akan diberitahu sekiranya gambar yang anda kongsi itu bakal tersebar secara meluas.

Jika mengikut undang-undang di Perancis ini, di masa hadapan anda boleh disaman oleh anak anda sendiri kerana memuat naik gambar mereka ketika kecil tanpa persetujuan kedua-dua pihak. Ada kebenaran tentang kembimbangan pihak berkuasa Perancis ini. Jadi berhati-hati ya jika berkongsi gambar anak anda.

Sumber