Rakyat Filipina terkena dengan kisah inspirasi yang pelik dan luar biasa. Pantang sahaja satu peristiwa besar berlaku di sana, mereka akan pastikan peristiwa itu diabadikan dengan mereka. Cuma yang pelik apabila mereka memilih untuk mengingati peristiwa tersebut dengan menamakan anak mereka sempena peristiwa itu.

Terbaharu, wabak coronavirus yang telah melanda 172 negara termasuk Filipina telah menjadi popular di sana apabila kebanyakkan orang tua memilih untuk menamakan bayi mereka dengan nama ‘Corona’.

Berita ini telah diciap oleh seorang pengguna Twitter, Nina Cayosa yang mendakwa bahawa dia mendengar bahawa ada bayi perempuan yang dilahirkan pada 15 March lalu diberi nama sebagai Covid Bryant.

Walaupun ciapan beliau tidak menyertakan apa-apa maklumat mengenai keluarga atau bayi tersebut, namun jika difikirkan ia masuk akal kerana kebanyakkan rakyat Filipina sangat meminati mendiang Los Angles Lakers, Kobe Bryant.

GMA News pula melaporkan bahawa ada keluarga yang menamakan anak mereka dengan nama Covid Lorraine dan Covid Rose. Netizen turut bergurau dengan menyatakan bahawa anak mereka seharusnya dinamakan Coviduvidapdap.

Namun tidak pasti adakah budaya baharu ini sudah popular di sana, tetapi ia sedikit sebanyak menghiburkan. Filipina telah mencatatkan 501 kes di sana dan mencatatkan 33 kematian, manakala lebih 18 pesakit sudah pulih.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Acara Himpunan Tabligh Di Indonesia Batal, Semua Peserta Akan Dikuarantin

Anti-Vaksin Tuduh Doktor Menipu, Tidak Percaya Vaksin Mampu Ubati COVID-19

Datuk Bandar Di Itali Bertukar Nada Gangster, Nasihat Penduduk Yang Masih Berdegil

Sumber