Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tular semalam kisah seorang kanak-kanak di Hong Kong yang secara tidak sengaja terlanggar patung besar Teletubbies yang bernilai HKD50,000 (kira-kira RM27,000).

Kanak-kanak itu bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan, namun nasib kurang baik bagi ibu bapanya apabila terpaksa membayar pampasan kerugaian sebanyak HKD33,600 (kira-kira RM18,000).

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Mereka memutuskan untuk berbuat demikian selepas 1 daripada pekerja kedai mainan itu memberitahu bahawa kanak-kanak tersebut didakwa = menendang arca tersebut.

Kisah sebenar

Melalui satu rakaman CCTV, tiada bukti yang menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki itu menendang patung tersebut. Sebaliknya ia jatuh selepas kanak-kanak itu cuba bersandar pada patung Teletubbies.

Selepas video itu tular, bapa kepada kenak-kanak lelaki itu menyalahkan pekerja KK Plus kerana membuat dakwaan palsu kepada dia dan isterinya.

Bapanya turut meminta pihak premies untuk memulangkan kembali wang pampasan yang telah dibayar, menurut The Standard. Walaupun kerosakan patung itu masih disebabkan oleh anaknya, dia menyatakan bahawa pihak kedai sepatutnya meletakkan sesuatu sebagai tanda amaran.

Difahamkan bahawa premis telah memohon maaf kepada ibu bapa dan akan memulangkan bayaran balik kepada mereka.

China Press melaporkan bahawa kejadian itu telah memberi kesan emosi kepada kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun itu yang terpaksa mengambil cuti beberapa hari dari sekolah.

Pihak kedai juga menyebut bahawa mereka sangat mengambil berat tentang pelanggan mereka, dan itulah sebabnya mereka segera menghubungi ibu bapa dan membayar balik mereka.

Kisah benar kanak-kanak liar yang memeranjatkan dengan ilustrasi gelap. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Kisah Benar Kanak-Kanak Liar Yang Memeranjatkan Dengan Ilustrasi Gelap

Selepas Proton Saga, Tular Pula Kanak-Kanak Bawah Umur Memandu Lori Tangki

Sementara Kita Kurang Ambil Perhatian, Lelaki Ini Dedahkan Bahaya Pedophilia Kepada Masyarakat