Seorang bayi berjaya diselamatkan setelah angin kencang membawanya jauh dari daratan sehingga hanyut kurang dari satu batu ke laut. Kedua ibu bapanya dikatakan bersikap lalai ketika mandi laut di luar bandar Kelibia di Timur Laut Tunisia pada hari Sabtu lalu, lapor The Independent.

Setelah menyedari bahawa anak perempuan mereka yang berusia lapan belas bulan telah dihanyutkan ke laut, ibu bapa tersebut terus bergegas memberi tahu pihak berkuasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi Unit Perlindungan Awam, dibantu oleh sukarelawan yang menggunakan jet ski, mereka berjaya menemui bayi tersebut di tengah-tengah laut tanpa sebarangan kecederaan. Video yang diambil oleh pemandu jet ski menunjukkan seorang lelaki bertindak menarik pelampung bayi tersebut.

 

Difahamkan, ramai rakyat Tunisia yang membanjiri pantai tersebut pada bulan ini bagi menghilangkan rasa bahang musim panas. Bagaimanapun, pandemi COVID-19 telah menyebabkan beberapa lokasi, seperti pantai di luar ibu kota dan di dalam pusat pelancongan ditutup untuk masyarakat umum.

anhcatchildrescue-1626858194-1637-1626858237

Walaupun begitu, suhu tinggi menyebabkan rakyat Tunisia, terutama yang mempunyai anak, memanfaatkan hujung minggu mereka untuk menikmati perairan Mediterranean dan pantai disekitarnya.

Untuk rekod, Tunisia kini berdepan dengan wabak COVID-19 yang telah menyebabkan sistem kesihatan mereka berada di tahap yang tinggi. Ketika ini, beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat sudah menghulurkan bantuan kepada negara tersebut dalam usaha untuk melawan wabak COVID-19.

Sorok selipar dan solat dalam gelap, jemaah surau di Kelantan punca Kluster Pauh Lima? Klik pautan di bawah untuk membaca.

Sorok Selipar Dan Solat Dalam Gelap, Jemaah Surau Di Kelantan Punca Kluster Pauh Lima?