Sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga umat Islam membesarkan anak-anak dengan kisah-kisah teladan daripada sirah Nabi. Penuh dengan pengajaran serta mendekatkan diri kepada Allah antara yang membuatkan kisah-kisah Nabi diajarkan dan didedahkan kepada anak-anak.

Diharap kisah teladan mampu memberi pengajaran kepada anak-anak, sebuah penerbit buku tempatan ini nampaknya mengambil ‘cara’ yang berbeza dalam menggambarkan kisah teladan para Nabi yang secara tidak langsung menarik perhatian para ibu bapa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut perkongsian pengguna Facebook iaitu Syed Azmi, beliau menerima aduan daripada seorang ibu yang memaklumkan anaknya memberitahu terdapat gambar yang kurang sopan pada buku kisah Nabi yang dibeli. Gambaran lelaki separuh bogel yang bermesra di kolam renang antara dipaparkan pada buku ini.

Meskipun gambaran yang dibuat bertujuan untuk menerangkan dengan lebih jelas mengenai situasi pada zaman Nabi Lut, para ibu bapa dan netizen nampaknya kurang bersetuju dengan pendekatan yang digunakan. Tidak kurang juga yang mencadangkan agar laporan dibuat terus ke Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK), Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bagi mendapatkan jawapan lanjut, saudara Syed Azmi telah membuat laporan kepada pihak penjual di mana aduan yang dibuat disampaikan kepada pihak penerbit dan juga penjual.

photo6165732785759824754
Sumber: Syed Azmi

Berdasarkan jawapan yang diterima Syed Azmi dikongsikan kepada VOCKET, penjualan buku ini dari rangkaian kedai dan wakil penjual mereka sudahpun dihentikan.

Walau bagaimanapun,ahli dropship seperti di Shopee dan Lazada agak sukar berikutan peniruan gambar produk jualan. Namun, phak penerbit yakin aktiviti ini bakal dihentikan berikutan ahli dropship yang memesan semula kepada pihak penerbit. 

“Saya ucapkan berbanyak terima kasih dan kesudian berkongsi proses pilihan buku serta kerjasama beliau sama sama membuat penambahbaikan. Saya bukan hendak menghakimi dan jauh sekali menghukum dalam post ini, sekadar post asal ini mencari kepastian saksama.” ulas Syed Azmi terhadap respon yang diberikan penerbit.

d86deba2-9039-4bd7-ac29-77c27db4a263
Sumber: Syed Azmi

Kemas kini: Menerusi maklum balas yang diterima, pihak penerbit sudi untuk refund semula duit yang sudah dibayar bagi mendapatkan buku tersebut. Apa yang perlu dibuat para ibu bapa adalah memulangkan semula kepada pihak penerbit di mana caj penghantaran akan ditanggung. Selain itu, para pembeli juga perlu menyertakan resit untuk mendapatkan semula wang pembelian.

Adakah anda merasakan gambar yang disertakan sesuai untuk tontonan kanak-kanak bagi menggambarkan situasi zaman berkenaan atau sebaliknya. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen Facebook VOCKET.

Tular pada minggu ini apabila penyampai radio dihujani kecamana selepas video TikTok beliau ketawakan guru tular.

Penyampai Radio Dihujani Kecaman Selepas Video TikTok Ketawakan Guru Tular

Bangga Cium Bibir Adik Angkat, Tindakan Lelaki Ini Ditegur Penceramah Bebas