Nota Editor: Terima kasih kepada Puan Reni Bt Rahmat kerana sudi menulis dan berkongsi penulisan ini di Vocket.

Beliau menulis tip ini apabila terbaca surat penulis yang dihantar kepada Puan Ainon Mohd, Pengerusi ABS Ainon Holding Sdn Bhd & PTS Media Group Sdn Bhd, yang banyak berkongsi tip-tip bisnes di dalam Facebook beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebagai generasi pertama yang beralih secara besar-besaran daripada generasi makan gaji ke generasi keusahawanan, sudah pasti masih ramai ibu bapa yang tidak setuju dengan keputusan anak-anak untuk berbisnes. Semoga penulisan ini membantu anda yang menghadapi konflik dengan ibu bapa akibat berbisnes.

Takut Anak Rugi Berbisnes

Lewat malam ini saya terbaca surat yang dihantar kepada Puan Guru.

takut-rugi

Saya terpanggil untuk memberi komen pendapat saya yang tidak seberapa ini. Ilmu secebis cuma. Namun, apabila bisnes dikaitkan dengan ketidakpuasan hati kita terhadap ibu bapa, saya rasa perlu untuk berkongsi.

Pertama

Jangan pernah salahkan keluarga kita terutama mak ayah kita sendiri.

reni-rahmat
Penulis Puan Reni Rahmat bersama Figura Lilin Einstein

Kerana kena yakin, jatuh bangun kita dalam bisnes, adalah dari restu mereka juga.

Apabila kita menegakkan kebenaran dengan bertegang urat dengan mereka, percayalah, bisnes tersebut pasti akan berada di mode : STATIK.

Nak naik atas tak dapat, malahan makin jatuh ke bawah.

Ini kerana:

  1. Secara tidak langsung apabila kita kerap berbalah dengan mereka, ia meninggalkan rasa kecil hati di dalam jiwa mereka.

  2. Apabila mereka kecil hati, terkadang tersimpan jauh di sudut hati, mereka akan kerap mengaitkan tentang perniagaan kita dengan rugi.. rugi.. rugi. Apabila kata-kata itu menjadi doa, ia akan mengikut sangkaan fikiran mak ayah itu tadi.

Kedua

Cara terbaik:

1. Kurangkan perbalahan.

Apa sahaja mak ayah cakap, angguk sahaja. Ingat pesan puan guru, mengalah bukan bermaksud kita kalah.

takut-rugi
Gambar hiasan. Oleh: Gaul Fresh

Di dalam konteks hubungan dengan manusia, lebih-lebih lagi ikatan sebagai ibu dan ayah, mengalah itu satu kemestian, kewajipan. Kita mengalah untuk mengharmonikan hubungan.

Hubungan yang baik, mampu membawa kepada jiwa yang gembira. Apabila hubungan dan jiwa bahagia, ia mampu menarik lebih banyak aura positif ke dalam hidup kita.

Lebih-lebih lagi, jiwa bahagia itu milik ibu kita sendiri.

2. Kurangkan atau kalau boleh jangan langsung bercakap soal masalah bisnes dengan mak ayah.

Kenapa mak ayah asyik berfikiran negatif? Pasti ada perkara yang trigger pemikiran mereka untuk berfikir sedemikian.

takut-rugi
Gambar hiasan. Oleh: Guanyinmiao

Mana taknya, asal jumpa mereka, cerita pasal tak best tentang bisnes kita.

Bisnes tiada pelangganlah. Tiada orang beli hari inilah. Sales drop-lah.

Semua negatif.

Hati ibu ayah mana yang tak risau.

3. Tunjukkan result. Result. Result.

takut-rugi
Gambar hiasan. Oleh: Cari

Tunjukkan result yang positif. Yang negatif, simpan ketat-ketat.

4. Selalu mohon maaf kepada mereka.

Ibu bapa ini sangat fragile perasaan mereka.

takut-rugi
Gambar hiasan. Oleh: Rozek Ruzaini

Mana mungkin mereka hendak melihat anak mereka tidak berjaya.

Cuma approach kita kadang-kadang tidak kena pada cara mereka.

Daripada asyik berbalah, apa kata, setiap kali jumpa, mohon doa mereka.

Mohon mereka doakan supaya di beri kesenangan dan kemudahan di dalam bisnes.

Doa ibu ayah makbul.

5. Jangan pernah simpan perasaan tidak puas hati dengan ibu bapa kita sendiri.

Kerana perasaan tidak puas hati itu membawa kepada isu keberkatan di dalam bisnes.

takut-rugi
Gambar hiasan. Oleh: Zulfi17

Hati yang happy, penuh positif, penuh dengan kasih sayang, mampu menarik banyak aura positif ke dalam hidup kita.

Hati ibu yang terluka, natijahnya, buatlah apa-apa pun di dalam dunia ini, hidup kita tidak akan pernah aman.

Apabila diberi kebahagiaan, Allah tarik kebahagiaan itu.

Apabila diberi kejayaan, lama kelamaan kejayaan tersebut ditarik perlahan-lahan sehingga kita jatuh terduduk, tergolek dog.

Semoga perniagaan kita terus dipermudahkan dan hubungan kita dengan ibu bapa terus harmoni dan bahagia.

BACA: Pemilik Bisnes Ini Berkongsi Mengapa Perkahwinan Boleh Menjadikan Kita Kaya

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram