Jangan buat bodoh.

“Lama dah dia kata dia dengar bisikan suara suruh bunuh anaknya yang baru berusia 40 hari tu. Lagipun dia tinggal di blok yang sebelum ini terbiar dan sunyi.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Yang tiada latar belakang perubatan, mesti akan terlintas gambaran hantu, kan? Lagipun, akhbar pun bagi hint blok itu sebelum ini terbiar dan sunyi.

Tolonglah. Kalau ada kenalan yang mengadu sebegini, bawalah ke hospital untuk penilaian. Kalau lambat, ada nyawa yang mungkin melayang!

Apa sebenarnya yang mungkin terjadi?

Dengan hint di dada akhbar yang cukup terhad, ini adalah gambaran yang mungkin terjadi, namun tidak semestinya tepat. Jika mahu yang tepat, perlu tunggu laporan bedah siasat mangsa dan penilaian perubatan suspek serta siasatan polis.

Bisikan. Dalam psikiatri, ia dinamakan sebagai ‘auditory hallucination” iaitu ‘mendengar’ suara yang bukan realiti sama ada satu suara bercakap sendiri, atau lebih daripada 2 suara bercakap sesama sendiri, atau suara yang menyuruh pesakit berbuat sesuatu. Contohnya, dalam kes ini, suara itu menyuruh untuk bunuh anak sendiri.

Pada mulanya, pesakit mungkin boleh tolerate dan abaikan bisikan tersebut. Namun, lama kelamaan, ia akan membarah dan semangat punah ranah.

(Analogi: Pembohongan sama yang dihebahkan setiap hari, lama-lama akan dianggap sebagai kebenaran. Begitu juga bab bisikan ini, mula-mula memang dianggap khayalan semata-mata, tapi lama-lama pesakit akan ikut jua.)

Beberapa minggu selepas bersalin, sebahagian wanita berisiko untuk mendapat masalah postpartum psychosis, postpartum depression dan Baby Blues.

Postpartum psychosis, kadangkala disebut meroyan. Antara simptomnya ialah halusinasi contohnya auditory (telah dibincangankan) dan visual (terlihat sesuatu yang bukan realiti). Ada juga yang mungkin bersikap paranoid dan berubah karakter.

Apa yang masyarakat perlu tahu?

1. Wanita bersalin tidak sepatutnya ditinggalkan bersendirian.

2. Izinkan jururawat yang datang untuk lawatan rumah masuk dan periksa anak serta ibu.

3. Hadir temujanji ke klinik kesihatan atau hospital, jika ada.

4. Makan ubat yang diberi, jika ada.

5. Ambil berat isu meroyan dan bagi sokongan.

Nombor 5. Jika ada wanita selepas bersalin yang mengadu mengalami halusinasi contohnya terdengar bisikan, nampak bayangan atau rasa disentuh atau dipegang sesuatu yang tak nampak, jangan buat bodoh atau bawa jumpa bomoh.

Terus nasihatkan untuk ke hospital bagi penilaian perubatan terlebih dahulu. Guna segala skil negosiasi yang ada untuk pujuk mereka.

Katakan kepada mereka, “Awak bukan gila. Ini bukan salah awak. Ia cuma masalah hormon yang tidak stabil selepas bersalin. Awak tidak berseorangan. Jom pergi hospital untuk penilaian dan rawatan. Saya buat semua ini sebab saya sayang awak.”

Sweet, kan?