Kathy Beitz adalah seorang yang buta sejak lahir lagi. Apabila beliau melahirkan anak pertamanya, seperti manusia biasa bernama ibu semestinya beliau ingin melihat permata hatinya buat pertama kali. Bagi Kathy, tiada peluang untuk melihat wajah anaknya. Situasi ini berubah apabila sebuah syarikat teknologi yang dikenali sebagai eSight meminjamkan Kathy sepasang cermin mata yang mampu mengubah hidupnya. Bukan sahaja Kathy diberi peluang untuk melihat keadaan sekeliling, malahan wajah bayinya yang baru lahir.

https://www.youtube.com/watch?v=e9crPvfcEy4

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Teknologi ini menakjubkan kerana ia mampu menjadikan dunia seseorang lebih baik. Tiada seorang pun yang mahu melepaskan peluang untuk melihat wajah bayi mereka disaat bayi mereka dilahirkan. Kerana cermin mata ini juga, golongan buta boleh menikmati kehidupan seperti orang biasa. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi ini, layari laman rasmi MakeBlindnessHistory.

Sumber rujukan: Viralnova