Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebagai seorang anak lelaki seharusnya kita perlu berbakti menyenangkan kedua-dua ibu bapa yang sedang meningkat umur sebagai tanda membalas semula budi kedua-dua ibu bapa yang membesarkan kita.

Tetapi perkara sebaliknya yang berlaku apabila seorang ibu di Salatiga, Indonesia telah disaman oleh anak lelaki kandung kerana menggunakan kereta Toyoto Fortuner yang dibeli atas nama anak lelakinya.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →
vocket-ibu-kena-saman-anak-toyota-fortuner-2

Sumber Gambar: jateng.suara.com | Dewi Bersama Anak Kandungnya, Alfian.

Menurut Dewi Firdauz (52 tahun), dia yang bertugas sebagai pegawai kerajaan di kerajaan wilayah Jawa Tengah telah membeli sebuah Toyota Fortuner pada tahun 2013 dan meletakkan atas nama anak kandungnya sendiri.

“Saya beli kenderaan itu di Kaligawe Semarang pada 2013. Sewaktu itu saya baru sahaja menjual Toyota Yaris dan belum menukar nama lagi. Jadi saya namakan atas nama anak kandung kerana saya mempercayai dia.

vocket-ibu-kena-saman-anak-toyota-fortuner-3

Sumber Gambar: Spesifikasimobil.com

“Tetapi anak saya menganggap saya cuma menyewa sahaja kereta tersebut dari dia. Jika saya tidak berikan kereta tersebut, saya perlu membayar sewa bulanan yang sudah mencecah 200 juta rupiah (RM57,447),” luah Dewi dengan penuh kekecewaan.

Lebih memburukkan keadaan lagi, jika Dewi Firdauz gagal menyerahkan kereta Toyota Fortuner atau bayar sewa kepada anak lelakinya Alfian Prabowo (25 tahun), rumah yang dia tinggal sekarang ini akan disita oleh anak lelakinya.

“Sepatutnya dia menjadi pelindung kepada ibunya, bukan menambah kesengsaraan ibunya. Kalau rumah ini disita, saya mahu tinggal di mana lagi? Kenapa satu-satunya anak kandung sendiri tergamak buat sebegini?” kata Dewi yang telah bercerai dengan suaminya, Agus Sunaryo pada tahun 2019 yang lalu.

vocket-ibu-kena-saman-anak-toyota-fortuner-1

Sumber Gambar: Kompas.com | Caesar Fortunus Wauran Di Hadapan Pejabatnya.

Alfian diwakili peguam, Caesar Fortunus Wauran manakala, ibunya tidak diwakili peguam kerana dia masih keliru dengan kes saman yang difailkan oleh anak kandungnya sendiri.

Menurut Caesar, anak guamnya berbuat sedemikian kerana kecewa melihat ibu bapanya berkelahi semasa proses penceraian. Anak guamnya cuma mahu memberikan ‘teguran’ kepada kedua ibu bapanya supaya berdamai.

Baca lagi artikel-artikel yang menjadi pilihan pembaca The Vocket melalui pautan di bawah.

Pernah Jadi Pelatih Kepada TMJ, Pesara Tentera Sebak Baginda Masih Ingat Akan Dirinya

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Cipta Speaker Khas Untuk McLaren Senna

Gara-Gara Lukis Muka Bermata Sepet Pada Cawan Pelanggan, Starbucks Disaman RM59,000

 

 

 

Anda Mungkin Suka