“Macam makanan kucing je,”.

Itulah antara ungkapan yang ditinggalkan oleh netizen selepas melihat perkongsian gambar yang dibuat Sharifah Hasinah Shahajam di Facebook.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi beberapa keping gambar tersebut sebenarnya bukanlah makanan kucing, tetapi makanan yang disediakan oleh pusat jagaan di mana anaknya dihantar ke situ hampir setiap hari.

Perkongsian oleh Sharifah itu menjadi tular selepas beberapa keping gambar makanan yang kelihatan seperti dicatu untuk diberikan kepada kucing mendapat perhatian ramai netizen.

Dalam perkongsian tersebut, Sharifah berkata anaknya sebelum ini pernah mengadu hanya memakan nasi berlaukkan kicap dan telur dadar tetapi tidak diendahkannya kerana memikirkan perkara itu jarang-jarang berlaku.

“Tapi bila kerap anak mengadu, saya pergi sendiri ke taska untuk memastikan.

“Ternyata makanan yang disediakan hanya lah nasi, kicap dan dua ketul ayam bahagian leher yang dikongsi seramai enam orang anak,” kongsinya.

Walaupun tidak pernah mempersoalkan bayaran bulanan yang dibayar, namun Sharifah sedikit kecewa selepas melihat makanan yang diberikan kepada anak-anak kecil di tadika tersebut.

Beberapa netizen yang meninggalkan komen di kiriman tersebut juga terkejut dengan layanan yang diberikan tadika kepada anak-anak kecil tersebut.

Bukan sahaja membandingkan makanan tersebut dengan makanan kucing, tetapi ada juga yang mengatakan makanan yang dihidangkan itu kelihatan seperti sisa makanan.

photo_2020-02-07_10-02-30

photo_2020-02-07_10-05-35

Gara-gara tularnya gambar makanan tersebut, ada juga netizen yang bersetuju dengan tindakan Puan Sharifah memantau keadaan tadika anaknya.

Malah ada dalam kalangan mereka yang mencadangkan agar semua ibu bapa melakukan perkara sama bagi mengelakkan perkara sama berlaku kepada anak-anak di tadika dan pusat jagaan.

photo_2020-02-07_10-08-51

Walau apa alasannya sekalipun, keadaan makanan buat anak-anak tersebut dilihat sedikit kurang menyenangkan. Sepatutnya pihak tadika berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anak-anak dan ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Malah, ada juga netizen yang berpendapat makanan yang disediakan tadika tersebut tidak mengikuti standard yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui komen yang ditinggalkannya.

photo_2020-02-07_10-24-31

photo_2020-02-07_10-24-35

Kalau tidak mampu menghidangkan lauk-pauk yang mewah sekalipun namun ia adalah untuk penting untuk memastikan makanan yang diambil anak-anak kecil ini berkhasiat untuk membantu proses pembesaran mereka.

Bagaimana pula pendapat anda mengenai kejadian ini? Adakah ibu-bapa patut memainkan peranan yang lebih seperti melakukan pemantauan dari masa ke semasa atau membiarkan sahaja pusat pengurusan melakukan tanggungjawab mereka?

Tahukah anda terdapat beberapa faktor yang boleh membuatkan anda mengalamai speech delay? Klik pautan di bawah untuk baca perkongsian kami sebelum ini. 

8 Faktor Anak ‘Speech Delay’, Menurut Pengetua Tadika Ini

Barangkali Inilah Tadika Paling Seronok Di Dunia

 

 

 

 

Sumber