Tidak dapat dinafikan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi kesan kepada ramai pihak terutama sekali golongan yang tidak berkemampuan.

Seperti kisah seorang ibu yang terpaksa mencuri makanan dan plaster di pasar raya di sekitar Petaling Jaya bagi mengubati anaknya yang sakit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal, pihaknya telah mendapat laporan di mana ibu kepada tiga anak itu telah ditahan oleh pengawal keselamatan kerana mencuri plaster untuk meredakan demam, kek dan sosej kira-kira 3 petang semalam.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Harian Metro, kejadian tersebut telah mendapat perhatian beliau dan bertindak untuk tidak meneruskan tindakan (NFA) atas jenayah yang dilakukan oleh wanita berusia 30-an itu.

“Semalam saya terima laporan mengatakan ada seorang wanita ditahan kerana dikatakan mencuri kek dan plaster (untuk kebah demam) sebab anaknya demam.

“Jadi saya pun berasa terpanggil untuk berjumpa dengan wanita ini. Saya percaya dia ada masalah kalau tidak dia tidak akan buat perkara ini,” kata beliau menerusi video yang disiarkan di Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.

Tidak cukup dengan itu, demi membantu wanita tersebut, pihaknya serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyumbangkan beberapa bantuan dalam bentuk barangan makanan serta barangan harian kepada keluarga tersebut.

Beliau dipercayai turut mengalu-alukan kedatangan wanita tersebut ke balai polis jika ingin sebarang bantuan. Difahamkan, suami bagi wanita terbabit tidak bekerja berikutan wabak COVID-19.

Baca juga perkongsian kami yang terdahulu mengenai pemandu pelancong yang hilang punca pendapatan akibat COVID-19 melalui pautan di bawah.

Pemandu Pelancong Tempatan Luah Perasaan Hilang Punca Pendapatan Kesan COVID-19

Kesan COVID-19, Juruterbang Tukar Kerjaya Jadi ‘Runner’ Untuk Teruskan Hidup