Masih ingat ibu pejabat Avengers dalam filem Endgame? Rupanya pejabat berkenaan bukan sebuah studio tetapi milik sebuah syarikat daripada China.

Pada hari biasa, pejabat ini tidak didatangi oleh kapal angkasa dari luar. Marvel Studios menyewa pejabat Sany Heavy Industry Co kerana kawasannya yang luas dan sesuai untuk penggambaran Endgame.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sany merupakanya pengeluar barangan heavy duty seperti kren, bulldozer, trak membancuh simen dan banyak lagi. Perkara berkenaan tertiris di laman Weibo selepas peminat setia Marvel di China menyatakan ibu pejabat Avengers adalah sangat mirip dengan pejabat Sany Heavy Industry Co di Georgia, Amerika Syarikat.

Sany 1

sany 4

sany 5

Perkara berkenaan tidak mahu dihebahkan oleh pihak Marvel tetapi ianya terlepas juga di pengetahuan media. Seorang wartawan China yang rapat dengan pelakon Paul Rudd telah mengesahkan perkara tersebut di Weibo dan mengatakan beliau turut berada di lokasi ketika penggambaran filem Endgame.

Sany 2

Ada yang rasa ianya sedikit lucu apabila mengetahui lokasi sebenar ibu pejabat Avengers bukanlah di sebuah makmal yang high tech tetapi hanya di sebuah kilang.

Yang penting, rekaan bangunan Sany ini cukup indah untuk dijadikan lokasi penggambaran Avengers. Bila lihat pejabat ini, teringat adegan makanan Ant-Man ditiup angin kapal angkasa milik Rocket Raccoon.

Sumber