Berita baik buat semua pelanggan HyppTV, bersempena dengan jelajah pra musim pasukan elit Eropah, HyppTV dengan sukacitanya telah menyediakan beberapa perlawanan menarik khusus buat tontonan para pelanggan.

Perlawanan yang kami maksudkan adalah International Champions Cup 2017 dimana beberapa pasukan terlibat seperti AC Milan, Chelsea, Bayern Munchen, Juventus, Paris Saint Germain dan Inter Milan. Kesemua perlawanan ini boleh ditonton di HyppSports 3 HD di saluran 703. Akhirnya terubat juga rindu sementara menantikan musim terbaru yang bakal bermula bulan hadapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

20374790_1579881448700583_8124786124670128225_n

Selain itu, Pihak TM turut mengadakan gathering khusus buat peminat pasukan Chelsea dan Inter Milan dimana kedua-dua pasukan ini bakal bertemu pada 29 Julai 2017.

Buat anda yang berada di sekitar Shah Alam, event antara yang dapat anda sertai. Gathering ini akan berlangsung di Restoran Hakim Section 7, Shah Alam bermula jam 7.30 malam. Mungkin inilah masa yang terbaik untuk anda mengenali lebih ramai ahli peminat kelab kesukaan anda sambil memeriahkan majlis yang dianjurkan TM.