Setiap kali pulang ke rumah setelah penat bekerja pastinya ingin melihat rumah yang bersih, kemas dan cantik. Bayangkan rumah anda hadir dengan rekaan dan dekorasi persis seperti di hotel, semestinya anda akan berasa selesa dan tidak mahu tinggalkan rumah.

Tipulah jika anda tidak pernah mengimpikan untuk memiliki sebuah rumah yang ketengahkan rekaan seperti minimalist, rusty, industrial dan pelbagai lagi jenis rekaan ‘awesome’.

page__en_us_15724034250
Sumber: ikea.id

Jangan biarkan impian anda hanya tinggal impian. Inilah saatnya anda realisasikan impian anda untuk mengubah dekorasi rumah anda dengan mendapatkan bantuan daripada mereka yang profesional. Mesti anda tertanya-tanya bagaimana ingin mendapatkan bantuan pakar pengubahsuaian ini, bukan?

Tidak lama lagi, ekspo pengubahsuaian premier dan terbesar, REX Renovation Expo akan dianjurkan pada 21 hingga 23 Februari 2020 bermula pada jam 11 pagi hingga 9 malam di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Dengar sahaja sudah buatkan anda teruja, bukan? Kami senaraikan beberapa sebab anda harus berkunjung ke Rex Renovation Expo di bawah ini.

1. Lebih 500 syarikat servis profesional

(H)Holz

Untuk pengetahuan anda, terdapat lebih dari 500 booths yang akan memberikan anda perundingan secara percuma mengenai reka bentuk dalaman dan perkhidmatan pengubahsuaian profesional dan pelbagai barangan berjenama akan ada di sini.

(H)Optima

2. Pelbagai tawaran boleh diterokai

Tidak percaya? Anda boleh berjumpa dan berunding dengan pereka dalaman yang akan memberikan anda panduan memilih lampu yang tepat di Avalon Lighting ataupun anda boleh ke Legend Kitchen untuk rekaan dapur yang lebih teratur.

Selain itu, setiap rumah tidak lengkap jika tidak mempunyai perabot. Andai kata anda inginkan perabot berasaskan kayu, anda boleh ke booth Holz kerana Holz memang terkenal dengan kualiti perabotnya.

(H)Avalon Lighting

(H)Legend Kitchen

Malah, andai kata anda mencari cermin rumah pula anda boleh pertimbangkan untuk lihat ketahanan cermin di Optima. Sebenarnya banyak lagi jenama dan speciality yang akan berada di ekspo ini dan yang dinyatakan diatas hanyalah sebahagian sahaja.

3. Masuk adalah percuma dan berpeluang menang hadiah

Semestinya anda sudah berasa teruja akan perkhabaran berita ini. Jangan risau kerana kemasukan ke ekspo ini adalah percuma dan anda berpeluang untuk menang hadiah.

Para pengunjung hanya perlu mendaftar dan berpeluang untuk memenangi vouchers bernilai RM600. Tidak cukup dengan itu, anda mungkin bertuah memenangi hadiah bernilai RM10,000 dalam cabutan bertuah.

Redemption

Selain itu, anda turut berpeluang menang RM30,000 vouchers, 60 inci LED TV dan barangan eletrik berjenama jika berbelanja ketika ekspo ini. Apa kata, anda sertai juga pertandingan di Facebook dengan tekan like, kongsi dan tag post untuk menangi microwave jenama Sharp secara percuma.

Ini merupakan peluang keemasan anda untuk mendapatkan rekaan dan dekorasi rumah impian anda. Mana tahu, sebelum Hari Raya Aidilfitri rumah anda sudah berwajah baru.

Di bawah ini kami senaraikan beberapa artikel berkaitan rekaan yang mungkin mencetuskan idea buat anda mulakan misi mengubahsuai rumah anda. 

Lihat Rekaan Konsep Hostel Persis ‘Hotel 5 Bintang’ Di Universiti Sains Malaysia

Lihat Rekaan Hotel The Ritz-Carlton Di Langkawi Yang Unik dan Elegan

Lihat Bagaimana Rumah Teres Ini Diubahsuai Dengan Rekaan Minimalis

Lihat ‘Makeover’ Rumah Apartment Selangorku Dengan Rekaan Minimalis Dan Sentuhan Warna Hijau