Kenapa perlu kereta baru dan mewah sedangkan kereta terpakai pun mampu sampai ke tempat yang hendak dituju?

Tak boleh ke beli kereta secara tunai tanpa berhutang dengan bank?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidakkah kau orang terfikir, bagaimana kau orang mampu bayar ansuran bulanan dan ditambah dengan kos minyak lagi. Sedangkan gaji orang kau orang ciput je.

Mesti dok berkerut-kerut kening fikir tu kan.

Pihak bank pun tahu kau orang mampu membayar ansuran setiap bulan. Sebab tu lah diorang boleh luluskan pembiayaan kereta kau orang. Cuma, kau orang je yang tak berapa pandai uruskan kewangan sendiri.

Kau orang pasti akan berusaha untuk membayar ansuran kereta setiap bulan walau apa keadaan sekalipun kan?

Sebabnya kau orang risau bank akan tarik kereta tu. Secara tak langsung, kau orang akan simpan wang untuk membayar ansuran kereta tersebut.

Sanggupkah kau orang membayar RM600 sebulan selama 9 tahun. Lepas tu tak dapat apa-apa? Kecuali besi buruk?

DSR (Debt Service Ratio) dah barai. Pembiayaan perumahan tak mampu nak buat disebabkan pembiayaan kereta tersebut. Jadi, kenalah tunggu selepas habis bayar kereta selama 9 tahun.

Lepastu, barulah nak kumpul duit deposit untuk beli rumah. Tengok-tengok harga rumah dah tak masuk akal. Lantas, baru nak rasa menyesal. Bak kata pepatah “Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna”. Masa tu, menangis air mata darah sekalipun dah tak bermakna.

Mesti masa tu, kau orang rasa nak putar masa kan, nak kembalikan semula 9 tahun yang telah berlalu. Untuk apa? Untuk betulkan kesilapan yang kau orang dah buat.

Yang masih belajar ataupun yang masih meniti usia muda, janganlah jadi macam golongan di atas. Sanggup berhutang selama 9 tahun hanya untuk mendapatkan sebuah kereta. Jangan ulangi kesilapan mereka.

Sebelum nak beli kereta, kau orang mestilah dah ada bajet berapa kau orang boleh bayar ansuran bulanan kan?

Katakan kau orang buat kira-kira. Lepas tu mampu bayar dalam RM600 sebulan dan campur kos berkaitan seperti minyak kereta, kos parking, tol, servis, jumlahnya mungkin dalam RM1000.

Jika kau orang kumpul RM1000 dalam Tabung Haji selama 2 tahun dengan dividen 6.3%, kau orang akan dapat RM25,500 dan jika disimpan dalam ASB dividen dengan 7.25%, kau orang akan dapat 25,800.

Dah ada simpanan RM25K++ tu, belilah kereta terpakai secara tunai. Langsung tiada hutang dengan bank kan. Banyak kereta terpakai tempatan yang masih elok walaupun ia terpakai. Percayalah.

Jadi, berkorban saja dalam tempoh 2-3 tahun untuk hidup di bawah kemampuan. Misalnya, tumpang kawan, naik motosikal ke tempat kerja atau guna pengangkutan awam. Kalau tumpang kawan tu, jangan pulak buat-buat lupa bagi duit minyak.

Berhujan panas, awek rejek sebab tak ada kereta tu biasalah. Lumrah kehidupan. Kakaka.

Apa salahnya hidup tanpa kereta selama 2-3 tahun daripada berhutang selama 9 tahun sampai tak boleh nak beli rumah.

Tapi ramai yang memilih jalan untuk;

Bayar ansuran kereta RM600 sebulan, bergelut kerja tetapi menyewa rumah.

Daripada,

Membayar ansuran bulanan apartment yang bernilai RM120K sebanyak RM600 sebulan. Kemudian, sewakan per bilik (3 bilik) RM400+RM300+RM300 = RM1000. Untung lagi RM400.

Ada lebihan RM400 sebulan bolehlah kumpul duit untuk beli kereta terpakai tempatan secara tunai ataupun buat ansuran kereta Axia.
Rumah dapat. Kereta pun dapat. Hati pun senang.

Orang ada 13 hartanah baru berani nak beli kereta. Kau orang baru kerja dapat gaji RM1300 pun dah teringin nak beli Honda City. Besar betul kemahuan tu. Yelah kan Reward yourself.

Ingat, membeli kereta secara hutang adalah jenayah terbesar dalam pengurusan kewangan.

Otak kena bijak. Takkan semua benda nak kena orang suap ilmu ke kau orang. Kau hidup 24 jam tapi tak dapat ilmu baru amatlah mendukacitakan.

Baiki kewangan dulu. Mindset kena power. Kena disiplin kawal kewangan. Ini tidak, nampak sale 70% dah menggelupur tak tahan.

Berkawanlah dengan orang yang banyak berfikir daripada orang yang banyak berbelanja untuk kemahuan. Banyak membaca. Jangan malas. Cuba campur perisa vape kau orang tu dengan Dugro. Mungkin dapat berfikir dengan waras mengenai kebocoran wang sendiri.

Ada ijazah dan diploma duk gantung dekat dinding rumah tu, tapi bahan ilmiah pun malas nak baca. Apatah lagi nak cari ilmu baru yang tak ada kaitan dengan kerja kau orang kan. Mereput la kau orang pergi kerja, balik kerja sampai pencen. Kah!