Kebanyakan saiz bilik kediaman yang dibuat oleh pemaju perumahan adalah kecil dan sempit. Jadi, pemilik rumah perlukan idea-idea untuk membuatkan bilik-bilik tidur yang kecil itu kelihatan luas dan nyaman termasuklah jenis dan saiz perabot yang akan digunakan.

Sebelum ini saya pernah mencadangkan semua perabot disusun rapat ke dinding hingga memberi ruang tengah yang agak selesa di dalam artikel 20 Idea Bilik Kecil Untuk Tampil Kreatif Dan Menarik dan ramai menyukainya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kali ini, saya mahu kongsikan jenis katil yang boleh membantu anda memiliki bilik yang luas dan mempelbagaikan fungsi bilik iaitu katil loft.

collegebedlofts.com

Harga katil loft jenis ready made pun not bad, ia mampu milik dan boleh didapati di kedai perabot tertentu. Tapi kalau ada kemahiran bertukang, anda boleh juga buat sendiri atau mengupah tukang kayu mengikut kebebasan kreativiti anda. Tapi anda jangan terkeliru antara katil loft dan katil bertingkat. Katil loft ini kelihatan sama seperti katil 2 tingkat tapi ia berbeza kerana bahagian bawah tidak digunakan sebagai tempat tidur.

Bagi katil loft, ruang bawah diisikan dengan perabot lain untuk memaksimakan ruang dan fungsi bilik seperti almari, laci, sofa atau meja. Ia benar-benar membantu kita menggunakan ruang kecil secara efisyen. Berbeza dengan katil bertingkat yang berfungsi untuk memaksimakan bilangan orang boleh tidur di dalam sebuah bilik.

loft 06

Jadi, jika anda memerlukan ruang secara efisyen, katil loft adalah pilihan anda tetapi jika anda mahu meingkatkan kapasiti bilangan orang untuk tidur, pilihan anda adalah katil bertingkat. Tetapi dengan kreativiti, anda boleh gabungkan dua fungsi katil loft dan katil bertingkat menjadi satu. Contohnya meletakkan sofa di bawah katil loft yang boleh ditukarkan menjadi katil jika perlu.

Jadi, sebelum anda menghias bilik kecil, pastikan anda kenalpasti objektif utama fungsi bilik dan cuba lihat mana satukah idea “loft” yang sesuai dengan anda di bawah ini.

Katil Loft untuk Bilik Tidur Kanak-kanak

loft 12

loft 16

loft 19

loft 36

loft 43

loft 44

loft 45

loft 46

loft 48

loft 54

Katil Loft untuk Bilik Tidur Remaja

loft 07

loft 11

loft 29

loft 30

loft 31

loft 34

loft 37

loft 39

loft 47

Katil Loft untuk Bilik Tidur Orang Dewasa Yang Bujang

loft 01

loft 05

loft 08

loft 14

loft 21

loft 24

loft 25

loft 28

loft 38

loft 42

Baca: Lihat Bagaimana Mengubah Bilik Menjadi Pejabat Dan Bilik Tidur Di Rumah

Baca: Wanita Ini Berjaya Menukarkan Bilik Tidur Anda Menjadi Apartment Mikro Yang Sungguh Praktikal

Baca: Bagaimana 7 Kabinet Dapur IKEA Diubah Menjadi Ruang Tidur Kreatif

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram