Dulu Vocket pernah berkongsi idea dekorasi menarik rumah Puan Nani Idayu yang telah menggunakan barang-barang daripada Ikea.

Baca: Pernah Belajar Bidang Senibina Dorong Pasangan Ini Buat Dekorasi Sendiri Untuk Rumah

Kali ini Puan Nani telah sudi berkongsi dekorasi yang telah beliau lakukan untuk ruang / bilik membasuh (laundry room) di rumahnya.

Menurut puan Nani keluasan bilik laundry ini adalah 10.5’x12′. Air disambung daripada bilik air sebelah. Dan untuk air keluar daripada mesin basuh pula, beliau telah menebuk dinding untuk mengalirkan air ke bilik air.

Disebabkan baju-baju yang digantung sering digunakan, menurut Puan Nani tiada masalah habuk terkumpul di baju. Nyamuk juga tiada.

Tapi bagi mereka yang mungkin mahu melindungi baju daripada habuk, anda boleh dapatkan cover baju Ikea.

1. Kos keseluruhan RM480. Kebanyak barangan dekorasi dibeli di Ikea. Ada juga beberapa barang dibeli di Giant, SSF dan kedai-kedai disekitar rumah beliau. Semua barangan dekorasi dibeli sedikit demi sedikit.

dekorasi-ruang-laundry-1

2. Puan Nani mendapat ilham daripada majalah dan internet untuk menghias bilik laundry ini.

dekorasi-ruang-laundry-2

3. Baju-baju sengaja digantung tinggi bagi menjimatkan ruang. Mesin basuh pula adalah saiz 7kg.

dekorasi-ruang-laundry-3

4. Menurut Puan Nani beliau juga berpuas hati dengan hasil pasang dan hias sendiri yang telah beliau lakukan.

dekorasi-ruang-laundry-4

5. Ditanya mengapa beliau sediakan bilik laundry khas begini, menurut Puan Nani ia memudahkan beliau dan keluarga untuk persalinan, membasuh dan menggosok baju di dalam satu bilik yang sama.

dekorasi-ruang-laundry-5

6. Baju-baju dan kain-kain mudah di ambil dan tidak perlu ke bilik-bilik lain. Dengan cara ini juga ia memberi lebih privasi kepada beliau sekeluarga sekiranya ada tetamu datang bertandang ke rumah.

dekorasi-ruang-laundry-6

Beliau juga sengaja menggantung baju tinggi dan setiap kali perlu ambil baju, Puan Nani menggunakan batang besi sama macam yang digunakan di kedai baju.

Baca tips daripada Puan Nani: Cara Saya Ajar Anak Deco Rumah Tanpa Mereka Sedar