Idea + $10 milion (investor) = $7.5 Billion.

“Jadikannya sesuatu yang hebat!!” Kata Jobs pada John Lasseter.

Maldives
HYPE
F&N SEASONS Mahu Taja Percutian Mewah Anda Di Maldives Dan Cherating. Biar Betul?
Baca lagi →

John seorang yang meminati akan animasi. Setiap kali melihat kartun Bugs Bunny, beliau kagum dengan penghasilannya. Animasi adalah hidupnya!

Beliau menyambung pelajarannya di CalArts, dan pengajarnya adalah salah seorang veteran dalam animasi di Walt Disney.

Steve Jobs dan Lasseter. Kredit

Steve Jobs dan Lasseter. Kredit

Beliau belajar dan lulus dengan cemerlang. Tuah datang dalam hidup beliau, apabila diterima masuk sebagai animator untuk Walt Disney.

Impian menjadi kenyataan!

John sentiasa teruja dan obses dengan animasi komputer. Beliau mencadangkan idea hebat ini, dan bos beliau berkata,

“Kami tidak mahu akan idea awak. Buat kerja apa yang telah kami suruh!”

Sehingga beliau dipecat. Hancur segala impian untuk membangunkan idea beliau ini.

Membawa diri dan bekerja pula dengan department komputer di Lucasfilm, beliau didatangi seorang yang sangat dikenali dalam dunia komputer, Steve Jobs.

Idea beliau diterima dan Jobs melabur $10 juta ke dalam projek ini. Sehingga menambah lagi $50 juta duit Jobs sendiri atas kepercayaan yang kuat akan projek mega ini.

Semasa di awal projek inilah Steve Jobs berkata,

“Jadikannya sesuatu yang hebat!”

Ed Catmull, Steve Jobs, dan John Lasseter dan hasil karya syarikat itu.

Ed Catmull, Steve Jobs, dan John Lasseter dan hasil karya syarikat itu.

Ia merupakan kata-kata yang John perlukan. Syarikat Pixar ditubuh, dan impian John selama ini menjadi kenyataan.

Apabila cerita animasi pendek mereka yang pertama, Tin Toy menang anugerah Oscar, (pertama kali filem animasi menang anugerah ini), mereka tidak berpatah balik dan terus menghasilkan karya yang pecah panggung seperti Toy Story, Car’s, Monster, Finding Nemo, Tangled, dan yang paling menguntungkan, Frozen.

Dunia John seolah-olah berputar balik kepada beliau. Tetapi dengan cara yang lebih baik.

Beliau dilantik menjadi Pengarah Kreatif untuk syarikat Pixar dan syarikat yang memecat beliau dahulu, Walt Disney!

Walt Disney pula membeli Pixar dengan harga $7.5 Billion.

Bermula dengan idea, ia boleh menjadi sesuatu yang hebat.

Apabila kita ada idea, cari cara untuk realisasikannya. Jika satu pihak tidak percaya, pasti ada satu pihak lain yang akan percaya.

Paling penting, adakah kita betul-betul memahami idea hebat kita sendiri?

Artikel di atas disumbangkan oleh Shahrizal Redwan. Usahawan, Optometris. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka