Berjaya beli rumah dengan harga separuh dari nilai pasaran, kemudian dihias menarik dan disewakan. Inilah yang telah dilakukan oleh Dr Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah dan diwaktu yang sama gemar berkongsi tip hartanah di akaun Facebook beliau.

Rumah yang dibeli melalui pasaran subsale (iaitu pasaran sekunder) dibeli dari pemilik asal yang berpindah ke tempat lain. Sebelum ini, rumah tersebut disewakan kepada pelajar dan ada bahagian yang sudah pecah.

Pembelian dilakukan pada tahun lepas di kawasan bandar Universiti Seri Iskandar, Perak. Kemudian disewakan kepada seorang pensyarah wanita berasal dari Indonesia yang berkhidmat di UTP.

Berikut gambar sebelum renovasi dilakukan terhadap rumah ini.

tip-hias-rumah-beli-lelong-28

tip-hias-rumah-beli-lelong-27

 

tip-hias-rumah-beli-lelong-38

tip-hias-rumah-beli-lelong-37

tip-hias-rumah-beli-lelong-36

tip-hias-rumah-beli-lelong-33

tip-hias-rumah-beli-lelong-31

tip-hias-rumah-beli-lelong-30

tip-hias-rumah-beli-lelong-29

tip-hias-rumah-beli-lelong-41

tip-hias-rumah-beli-lelong-40

Keadaan rumah selepas renovasi

Kediaman ini dibeli dengan harga RM63,000 dari pemilik asal. Harga pasaran adalah RM130,000. Bagi kos ubahsuai dan renovasi pula, Dr Azizul membelanjakan RM6,000 termasuk kos membaiki pagar dan tambahan ruang dapur.

Untuk hiasan dalaman, beliau membeli barangan Ikea seperti sofa, meja makan, kerusi, frame dan rak besi dengan kos kurang dari RM1000.  “Kos tukang cat adalah RM400 untuk dua orang pekerja selama 2 hari. Kos beli cat RM350 sahaja.”

Pembiayaan dan pinjaman bank untuk kediaman ini hanya 70% dari harga asal iaitu RM44,100, dari Maybank. Bayaran bulanan hanya RM223 sebulan sementara kadar sewa semasa yang diberikan adalah RM700 dengan satu penghawa dingin di bilik utama.

Letakkan sedikit pohon plastik agar rumah kita tidak kelihatan terlalu ‘keras’. Elemen semulajadi penting.”

tip-hias-rumah-beli-lelong-39

tip-hias-rumah-beli-lelong-2

tip-hias-rumah-beli-lelong-4

tip-hias-rumah-beli-lelong-5

tip-hias-rumah-beli-lelong-6

tip-hias-rumah-beli-lelong-7

tip-hias-rumah-beli-lelong-8

tip-hias-rumah-beli-lelong-9

tip-hias-rumah-beli-lelong-10

tip-hias-rumah-beli-lelong-11

tip-hias-rumah-beli-lelong-12

tip-hias-rumah-beli-lelong-13

tip-hias-rumah-beli-lelong-14

tip-hias-rumah-beli-lelong-15

tip-hias-rumah-beli-lelong-17

tip-hias-rumah-beli-lelong-16

tip-hias-rumah-beli-lelong-18

tip-hias-rumah-beli-lelong-21

tip-hias-rumah-beli-lelong-23

tip-hias-rumah-beli-lelong-22

tip-hias-rumah-beli-lelong-20

tip-hias-rumah-beli-lelong-25

tip-hias-rumah-beli-lelong-26

tip-hias-rumah-beli-lelong-1

Ujar Dr Azizul lagi, beliau memberi kadar sewa lebih rendah dari harga pasaran kerana penyewa ini membayar sewa terus 6 bulan ke hadapan.

“Daripada bayaran bulanan kepada bank dan sewa yang dikenakan, kiraan lebihan sewa adalah RM447 sebulan. Jika dihimpunkan setahun akan ada bonus RM5,724. Duit ini boleh masuk tabung anak agar tak pinjam PTPTN nanti.”

“Anggapan jika disimpan selama 10 tahun dengan kadar yang sama akan ada RM57,240.00 . Jika letak dalam ASB atau TH akan lebih cepat beranak pinak lagi.”

Pesanan kepada pembaca dan orang muda

Pensyarah yang juga mengusahakan SewaIdaman.com ini sempat memberikan pesanan berikut:

1. Rumah mampu beli tetap ada.

2. Tidak semua rumah mahal jika kita pandai mencari

3. Pasaran subsale dan lelong tawarkan nilai yang lebih baik dalam hartanah

4. Ubahsuai rumah tidak makan belanja mahal jika kita kreatif.

5. Beli rumah kecil dan bermulalah

“Beli sebuah rumah kecil dan bermulah jadi pemilik hartanah yang baik. Buat simpanan agar anak kita tak meminjam waktu belajar nanti, bukan untuk kita joli.”

Baca lagi: Pernah Belajar Bidang Senibina Dorong Pasangan Ini Buat Dekorasi Sendiri Untuk Rumah